Utusan Borneo (Sabah)

SK Bubul anjur program kemerdekaa­n, pupuk semangat patriotism­e

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

SEMPORNA: Unit Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bubul (SK) menganjurk­an beberapapr­ogramselam­aempat hari sempena menyambut ulangtahun kemerdekaa­n negara yang ke-60.

Pelbagai aktiviti yang bertemakan kenegaraan dipertandi­ngkan seperti deklamasi sajak, mencipta pantun, melukis poster, ‘Word Search’, Kuiz Kemerdekaa­n, nyanyian lagu patriotik dan merekacipt­a banner.

Program turut diwarnai dengan persembaha­n tarian tradisi Igal-Igal serta penayangan­filemyangb­ergenre patriotism­e seperti Sarjan Hassan dan Bukit Kepong. Melalui penayangan filem itu, secara tidak langsung mengajak generasi muda terutamany­a pelajar sekolah menghayati semangat juang wira negara dan mensyukuri nikmat kemerdekaa­n yang dikecapi.

Majlis itu disempurna­kan perasmiann­ya oleh Guru Besar SK Bubul Ramli Saad yang turut memberi sokongan padu kepada penganjura­n aktiviti yang bercorak kenegaraan.

“Inisiatif para pendidik dalam merealisas­ikan program seperti ini wajar diteruskan, bukan hanya pada Bulan Kemerdekaa­n sahaja. Melalui program ini juga diharap dapat mengukuhka­n semangat perpaduan dalam kalangan pelajar,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan SK Bubul Khamis Mintek berkata program kemerdekaa­n yang berteraska­n pendidikan perlu diterapkan seawal peringkat sekolah rendah agar jati diri pelajar terbentuk menerusi semangat patriotik yang terbina.

“Selain menyemarak­kan semangat cintakan negara, generasi muda yang bakal menerajui pentadbira­n perlu diberi pendedahan tentang sejarah negara,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR bersama pendidik memakai pakaian merangkumi pelbagai kaum di Malaysia.
PELAJAR bersama pendidik memakai pakaian merangkumi pelbagai kaum di Malaysia.
 ??  ?? KHAMIS (kanan) dan Ramli menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
KHAMIS (kanan) dan Ramli menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
 ??  ?? SEKUMPULAN pelajar menghasilk­an banner kemerdekaa­n.
SEKUMPULAN pelajar menghasilk­an banner kemerdekaa­n.
 ??  ?? PELAJAR semasa persembaha­n koir.
PELAJAR semasa persembaha­n koir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia