Utusan Borneo (Sabah)

The Male Efficient warnai industri hiburan

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL

JUARA Festival Koir Sabah 2015, The Male Efficient (TME) adalah sebuah kumpulan koir yang berdaftar di bawah naungan Creative and Innovative Minds Associatio­n Sabah.

Kumpulan ini dianggotai 28 ahli lelaki sekitar Sabah yang terdiri daripada pelbagai profesion seperti guru, eksekutif, jurutera, doktor, konsultan IT, pegawai bank, perhotelan, polis dan pelajar kolej.

Diketuai Dunstan Oswald Roland, mereka memulakan langkah dengan membuat persembaha­n di majlis-majlis formal dan perkahwina­n.

TME yang berpusat di Kota Kinabalu juga seringkali menjadi artis jemputan di beberapa konsert sekitar Sabah termasuk IUC in Concert, perasmian pembukaan Pesta Kaamatan 2017 di Tambunan, Pesta Kaamatan di KDCA 2017 dan North Borneo Music Festival.

Memenangi pingat perak Tahap 8 Festival Koir antarabang­sa Bali Ke-5, TME telah mengadakan konsert sulung ‘The Male Efficient and Friends in Concert’ pada Mac tahun ini di Dewan Masyarakat Papar.

Ditubuhkan secara rasmi pada September 2015, sejarah TME sebenarnya bermula lebih awal iaitu pada Jun tahun yang sama sebagai satu pasukan koir dikenali sebagai Bellivan Choir.

Selepas membuat persembaha­n di sebuah majlis perkahwina­n, Lesley George (pengasas dan pengarah) mengumpulk­an semula ahli koir Bellivan dan menjemput beberapa ahli baharu yang berminat untuk menyertai pasukan koir ini.

Meskipun merangkul pelbagai anugerah, pemenang pingat emas dalam 15th Malaysian Choral Eisteddfod National Choir Competitio­n 2017 itu sentiasa berusaha untuk terus maju dan mengharumk­an nama kumpulan TME di persada seni.

Untuk mengikuti perkembang­an semasa TME boleh mengikutin­ya di laman rasmi Facebook dan Instagram - The MaleEffici­ent.

 ??  ?? SEMASA bertanding di Festival Koir antarabang­sa Bali Ke-5.
SEMASA bertanding di Festival Koir antarabang­sa Bali Ke-5.
 ??  ?? KUMPULAN koir The Male Efficient.
KUMPULAN koir The Male Efficient.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia