Utusan Borneo (Sabah)

Keleput juara perarakan perahu berhias Regata Baram

-

MARUDI: Kelab Keselamata­n Warisan Tradisi Kenyah Long Moh (Keleput) menjuarai pertanding­an perarakan perahu berhias yang berlangsun­g sempena Regata Baram 2017 di sini, pada Sabtu.

Naib johan disandang pasukan Bantang Gawai Sandau Ari dari Persatuan Ketua Masyarakat Daerah Beluru manakala tempat ketiga Persatuan Kayan Sarawak.

Masing-masing menerima wang tunai RM1,000, RM800 dan RM500 berserta piala dan sijil.

Hadiah disampaika­n oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang hadir di Marudi bagi menyaksika­n Regata Baram 2017.

Pertanding­an perahu berhias ini diadakan di Sungai Baram yang bermula dari Jeti Kerajaan dan melintasu Astaka Utama di Dermaga Kastam Marudi yang mana tempat khas untuk Tun Taib serta dif-dif kehormat yang lain.

Terdahulu ketibaan Tun Taib telah disambut mesra oleh ribuan penduduk Marudi dan pengunjung datang dari seluruh negeri khusus daerah Baram.

Hadir sama Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Marudi serta Pengerusi Penganjur Regata Baram 2017, Datu Dr Penguang, ADUN Mulu merangkap Timbalan Speaker DUN Datu Gerawat Gala, Adun Telang Usan, Dennis Ngau dan Miri Residen Sherrina Hussani.

Sebanyak 10 pasukan menyertai pertanding­an perarakan perahu berhias sempena dengan Regata Baram 2017 tahun ini.

Antaranya pasukan Persatuan Kayan Sarawak (PKS) Persatuan Cina Baram, Persatuan Lakiput, Persatuan Berawan Sarawak, Petipun Penan, Long Iman, Persatuan Melayu Marudi, Persatuan Ketua Masyarakat Daerah Beluru, Bakong, Pasukan Long Ikang, Persatuan Kayan Long Panai, Uma Beluvoh dan Kelab Keselamata­n Warisan tradisi Kenyah Long Moh Baram (Keleput).

 ??  ?? TUN Pehin Sri Taib menyampaik­an hadiah kepada wakil pasukan KELEPUT selaku johan pertanding­an perahu berhias sempena Regata Baram 2017.
TUN Pehin Sri Taib menyampaik­an hadiah kepada wakil pasukan KELEPUT selaku johan pertanding­an perahu berhias sempena Regata Baram 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia