Utusan Borneo (Sabah)

Warga harus bangga Sibu Jaya jadi bandar baharu paling meriah

-

SIBU: Penduduk Sibu Jaya wajar berbangga dengan kejayaan kerajaan menjadikan bandar baharu Sibu Jaya sebagai perintis perbandara­n paling meriah.

Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce merupakan tetamu kehormat berkata demikian ketika menyempurn­akan pembukaan Pesta Sibu Jaya, baru-baru ini.

“Tanpa anda, tidak akan ada Sibu Jaya. Kerana anda Sibu Jaya semakin berkembang dan berkembang maju,” katanya yang menerima tepukan gemuruh orang awam di kawasan Komersil Sapphire East, Sibu Jaya untuk menyaksika­n pembukaan pesta tersebut.

Beliau berkata, visi Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mantan Menteri Perumahan sebelum ini berjaya mencipta pelan induk sangat berjaya membangunk­an Sibu Jaya sehingga pernah memenangi anugerah perancanga­n bandar.

“Oleh kerana pandangann­ya jauh, perbandara­n anda tinggal di hari ini mengalami lonjakan yang tinggi di arus kemodenan.

“Sibu Jaya adalah sebuah bandar yang cepat berkembang dan membangun,” ujarnya.

Katanya, dengan sokongan pergorbana­n pengorbana­n sektor korporat, perbandara­n ini menjadi pesaing utama bagi pemilik rumah dan pelabur perniagaan, jelasnya lagi.

Sambil mempelawa penduduk Sibu Jaya sentiasa berdiri teguh di belakang Abang Johari, Wan Hamid berkata, sifat harmoni negeri ini dan cara yang unik dapat dipelihara dengan baik oleh perpaduan dan sokongan rakyat.

“Saya yakin Sibu Jaya akan terus berkembang dengan pesat dan kejayaan yang telah anda raih setakat ini akan berlipat ganda banyak kali pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Kanan Distrepark Sdn Bhd Eddy Puah, kaunselor Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), pemimpin masyarakat serta tetamu jemputan yang lain.

Pada pesta selama 10 hari itu iaitu pada malam akan datang, Residen Sibu Hii Chang Kee, Pengerusi MDLBS Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai, Timbalan Pengerusi MDLBS Kaunselor Robert Lau serta beberapa kaunselor dari MDLBS, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Sibu, Dr Gregory Hii telah dijadualka­n untuk melancarka­n serta hadir pada setiap malam sempena pesta tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia