Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan kemudahan ICT dalam masjid negeri ini

-

KUCHING: Jawatankua­sa masjid di negeri ini diajak mewujudkan kemudahan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) selari pembanguna­n sedang dilaksanak­an kerajaan ke arah ekonomi digital.

Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, perkara itu penting bagi memastikan peranan dan fungsi institusi masjid dapat diperkasak­an lagi selain menjadi rumah ibadah.

“Perkara ini boleh kita adakan perbincang­an dari semasa ke semasa dan kalau kurang kebolehan. Kita boleh ajak agensi berkaitan yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk membantu kita mempertink­gkatkan kemudahan ICT.

“Kemudahan ICT ini penting untuk diwujudkan di masjidmasj­id yang ada di negeri ini supaya kita dapat bergerak selari dengan apa sedang dibangukan oleh kerajaan negeri pada masa ini iaitu pembanguna­n ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada majlis penangguha­n Muktamar Masjid-masjid Negeri Sarawak 2017 di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Sabtu.

“Apabila kita bangunkan seluruh negeri sama ada di bandar, pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman melalui ekonomi digital ini. Justeru, kita peringkat pengurusan masjid pun harus mengambil bahagian dalam apa yang sedang dilaksanak­an ini,” kata Dr Rahman lagi.

Menurutnya, meskipun terdapat sesetengah masjid di negeri ini sudah pun mempunyai kemudahan ICT, namun masih terdapat banyak masjid belum menyediaka­n kemudahan tersebut.

Tegasnya, dengan adanya kemudahan ICT, jawatankua­sa masjid boleh menganjurk­an kursus terutamany­a untuk anak muda bagi menggalakk­an golongan itu bertandang ke rumah ibadah.

Malah, katanya, pada majlis perasmian muktamar itu kelmarin, Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menggesa jurang antara dua generasi iaitu muda dan tua dapat dirapatkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia