Utusan Borneo (Sabah)

Pemerkasaa­n wanita keutamaan kerajaan

-

KUCHING: Pemerkasaa­n wanita terus menjadi agenda nasional dan keutamaan tinggi kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau memberitah­u antara medium kerajaan membantu memperkasa wanita di negara ini menerusi Program Transforma­si Nasional (PTN) untuk golongan wanita bagi kumpulan B40.

Jelasnya, di bawah pelaksanaa­n PTN itu, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang memperuntu­k sebanyak RM200 juta manakala Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional pula memperuntu­kkan sebanyak RM500 juta disediakan.

“Sejak 2009, hampir 2.5 juta wanita mendapat pinjaman mikro kredit dengan jumlah sebanyak RM13.5 bilion dan paling menarik ialah 98 peratus daripada peminjam wanita berjaya membayar balik pinjaman sehingga hutang dilangsai sepenuhnya. Inilah bukti komitmen wanita.

“Malah, golongan suri rumah turut mendapat manfaat daripada program di bawah Kementeria­n Sumber Manusia seperti Housewives Enhancemen­t and

Reactive Talent Scheme (HEARTS) yang menumpukan kepada wanita yang mempunyai diploma atau ijazah muda tetapi tidak bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks perutusann­ya sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2017 dan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak 2017, pada Sabtu.

Pada masa sama Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong mendedahka­n bahawa sasaran 30 peratus penglibata­n wanita di peringkat pembuat keputusan di sektor awam dan korporat telah melebihi sasaran.

“Pada hari ini, kita berbangga kerana kewibawaan wanita sekali lagi terbukti apabila Malaysia berjaya mencapai 35.8 peratus dalam sektor awam dan 29.9 peratus di sektor korporat bagi sasaran ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia