Utusan Borneo (Sabah)

Jaga jantung kita sebaik mungkin

80 peratus kematian awal penyakit jantung, strok dapat dicegah: Dr Sim

-

MIRI: Sekurang-kurangnya 80 peratus kematian awal penyakit jantung dan strok dapat dicegah sekiranya faktor utama mendorong penyakit terbabit dikawal, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Menurut beliau, antara faktor mendorong kepada penyakit jantung dan strok ialah rokok tembakau, diet yang tidak sihat dan aktiviti fizikal yang tidak aktif.

“Sudah tiba masanya untuk kita mengubah cara pemikiran kita. Kita perlu menjaga jantung kita sebaik mungkin dan pentingnya untuk mengubah gaya hidup kita ke arah yang lebih sihat.

“Malah, kita harus meningkatk­an kefahaman kita tentang kesihatan jantung. Lebih banyak kita tahu, lebih besar peluang kita untuk mencegah penyakit tersebut,” jelasnya.

Dr Sim berkata demikian dalam teks ucapan dibaca Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin pada majlis pelancaran Miri Heart Week 2017 anjuran Yayasan Jantung Sarawak bertempat di Bintang Megamall Miri, di sini pada Sabtu.

Hadir sama ialah Bendahari Yayasan Jantung Sarawak Dato Anne Teng, Pengerusi Penganjur merangkao Ahli Lembaga Amanah Yayasan Jantung Sarawak Eric Lim, Pengurus Pemasaran Bintang Megamall Miri Alex Chung serta yang lain.

Dr Sim juga Ahli Lembaga Amanah Yayasan Jantung Sarawak berkata, menjadi sihat untuk menguvah gaya hidup dan bukan hanya sekadar mengamalka­n diet.

“Masih belum terlambat untuk kita berubah ke arah sihat. Kita boleh mulakan dengan aktiviti yang mudah seperti melakukan aktiviti berjalan kaki sekurangku­rangnya 30 minit untuk sehari bagi kesihatan jantung.

“Bersenam juga salah satu aktiviti yang menyeronok­kan. Malah, aktiviti bersenam turut mengeratka­n hubungan dikalangan keluarga,” katanya.

Jelasnya, ketawa merupakan antara perkara baik untuk kesihatan jantung kerana ia mengurangk­an masalah tekanan, keradangan arteri dan meningkatk­an kolestrol yang baik.

Tambah Dr Sim, Yayasan Jantung Sarawak memerlukan semua sokongan masyarakat setempat membantu organisasi tersebut mendidik dan mewujudkan kesedaran serta menyampaik­an mesej mengenai aspek penyakit jantung dan langkah pencegahan­nya.

Sementara itu, bertemakan ‘A Heart For Life’ Miri Heart Week 2017 diadakan dua hari itu (26 dan 27 Ogos) turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti untuk orang awam.

Antaranya ialah pemeriksaa­n kesihatan percuma, pameran kesihatan dan antirokok, kempen derma darah Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Miri, Zumba, persembaha­n kebudayaan dan pertanding­an mewarna kanak-kanak.

 ??  ?? LEE melakukan pemeriksaa­n tekanan darah di ruang pameran yang disediakan untuk orang awam bagi pemeriksaa­n kesihatan percuma, sambil diperhatik­an yang lain.
LEE melakukan pemeriksaa­n tekanan darah di ruang pameran yang disediakan untuk orang awam bagi pemeriksaa­n kesihatan percuma, sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia