Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n sukan ragbi perlu sokongan

-

KOTA KINABALU: Pembanguna­n sukan ragbi perlu mendapat pengiktira­fan, sokongan dan galakan daripada agensi kerajaan dan swasta seperti sukan-sukan lain kerana sukan itu dilihat mampu membawa cabaran negara sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Sabah (SRU), Puan Sri Datin Seri Diana Diego berkata, sambutan para pelajar terhadap sukan tersebut begitu memberangs­angkan sejak akhir-akhiri ni khususnya apabila sukan tersebut mulai diperkasak­an di Maktab Sabah sejak empat tahun lalu.

Katanya, ciri fizikal penduduk tempatan di Sabah dan ketahanan mereka terhadap rempuhan fizikal begitu sesuai dengan kriteria pemain ragbi, malahan mereka boleh dikatakan setanding dengan pemain antarabang­sa lainnya.

“Sebagai contoh, pemain Maktab Sabah berjaya merangkul gelaran naib juara di Hong Kong beberapa tahun lalu, sedangkan fizikal mereka kecil berbanding dengan pemain antarabang­sa lainnya. Ini disebabkan oleh sifat juang mereka yang kental dan penuh skill ketika bermain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Majlis Penutup dan Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Ragbi Jemputan Perempuan Tujuh Sebelah Maktab Sabah edisi ke-4 di Padang Ragbi Maktab Sabah, pada Sabtu.

Turut hadir ialah Pengurus Teknik Pembanguna­n Sukan Ragbi Sabah Ajmain Pahing, pengerusi jawatankua­sa penganjur pertanding­an Benjamin Nair dan Pengetua Maktab Sabah Hajah Nuinda Hj Alias.

Katanya, SRU telah diberi mandat oleh Kesatuan Ragbi Malaysia untuk membentuk pasukan ragbi perempuan bawah 17 tahun bagi mewakili Malaysia dalam kelayakan Olympic Youth Regional Under 17th Tournament yang diadakan di Dubai pada 29-30 November depan.

Diana yang juga Pengerusi Kesatuan Ragbi Wanita Sabah menambah, pihaknya sedang menilai para pemain daripada pasukan-pasukan ragbi yang menyertai pertanding­an itu dan memilih 12 orang pemain ragbi wanita bawah 16 tahun untuk dibawa ke kejohanan berprestij itu.

“Kita tidak menyasarka­n kemenangan besar di Dubai, tetapi kita bawa para pemain ini untuk mencari pengalaman bersaing dengan rakan-rakan pemain dari seluruh dunia, juga sebagai pendedahan pemain kepada dunia luar yang berbeza iklim.

“Dubai adalah antara lokasi pemanas badan, kerana sasaran kita hanya pada Sukan SEA dua tahun akan datang iaitu pingat emas.

“Kita mahu menebus pingat gangsa yang dimenangi oleh pasukan ragbi wanita di Sukan SEA Kuala Lumpur barubaru ini,” tegasnya.

Dalam perlawanan yang melibatkan 35 pasukan itu, pasukan Maktab Sabah menjuarai kategori Ragbi Lelaki Bawah 14 tahun dan 16 tahun, dan kategori Perempuan Bawah 16 tahun dan 14 tahun.

Seramai 12 pemain untuk ke Dubai turut diumumkan ketika program berakhir.

 ??  ?? DIANA bersama pemain-pemain ragbi dalam kejohanan itu.
DIANA bersama pemain-pemain ragbi dalam kejohanan itu.
 ??  ?? DIANA menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
DIANA menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
 ??  ?? DIANA bersama jawatankua­sa penganjur.
DIANA bersama jawatankua­sa penganjur.
 ??  ?? ANTARA aksi sukan ragbi yang menarik.
ANTARA aksi sukan ragbi yang menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia