Utusan Borneo (Sabah)

Kriket wanita sumbang gangsa T20

-

KUALA LUMPUR: Skuad kriket wanita negara berjaya mengalahka­n Singapura dengan lapan wiket untuk meraih pingat gangsa dalam acara T20 pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Kinrara Oval, Puchong, dekat sini pada Isnin.

Skuad bimbingan M. Haemalatha berjaya mempamerka­n aksi cemerlang selepas mencatat 52 larian dan dua wiket dalam 9.5 Overs manakala Singapura hanya melakukan 50 larian dalam 19.4 Overs.

Ketua pasukan, D. Winifred Anne, Christina Baret dan Yusrina Yaakop mencuri tumpuan setelah masing-masing berjaya melakukan 10 larian.

Sementara itu, Winifred Anne berkata walaupun mengalami kekalahan mengejut di tangan Indonesia dan menyekat peluang mereka untuk meraih gangsa, ia tidak melunturka­n semangat juang rakan sepasukann­ya.

“Selepas kakalahan semalam, saya sendiri telah berjumpa dengan semua pemain dan kami bertekad untuk tidak melepaskan pingat gangsa pada perlawanan Isnin.

“Hasil semangat berpasukan yang tinggi, kami berjaya mencipta sejarah dengan meraih pingat gangsa dan saya amat berbangga dengan semangat sepasukan yang ditunjukka­n,” katanya selepas perlawanan perebutan tempat ketiga/ keempat itu.

Pingat emas acara berkenaan dimenangi Thailand selepas menundukka­n Indonesia dengan kelebihan 23 larian pada aksi final.

Thailand mengumpul 109 larian dan tujuh wiket dalam 20 Overs manakala Indonesia hanya melakukan 86 larian dan sembilan wiket dalam 18.4 Overs untuk berpuas hati di tempat kedua dengan pingat perak.

Malaysia mempunyai satu lagi harapan untuk memenangi emas melalui acara T20 lelaki apabila dijadual bertemu Singapura hari ini pada perlawanan akhir. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? PASUKAN kriket negara bergambar selepas berjaya meraih pingat Gangsa dengan menewaskan pasukan Singapura dalam acara Kriket Wanita Sukan SEA KL2017 di Kinrara Oval, di sini, pada Isnin. Malaysia menang pingat gangsa dengan lapan Wiket. -
Gambar BERNAMA PASUKAN kriket negara bergambar selepas berjaya meraih pingat Gangsa dengan menewaskan pasukan Singapura dalam acara Kriket Wanita Sukan SEA KL2017 di Kinrara Oval, di sini, pada Isnin. Malaysia menang pingat gangsa dengan lapan Wiket. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia