Utusan Borneo (Sabah)

Ganjaran istimewa menanti

Atlet bawah Kementeria­n Pendidikan Tinggi

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) menjanjika­n ganjaran istimewa kepada atlet institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berjaya menyumbang pingat pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata jumlah dan jenis imbuhan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pada temasya kali ini, atlet IPT menyertai 33 acara daripada 38 jenis sukan yang dipertandi­ngkan.

“Sebagaipen­ghargaan,kami akan tentukan bagaimana insentif boleh diberikan agar sumbangan pingat dan semangat patriotism­e mereka kepada negara terus meningkat,” kata Idris kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat kementeria­n itu di sini pada Isnin.

Sehingga kini, atlet IPT telah menyumbang 39 pingat emas, 31 perak dan 27 gangsa dalam pelbagai acara seperti memanah, renang berirama, bola jaring dan pelayaran, katanya.

“Kejayaan itu membuktika­n kementeria­n tidak hanya tertumpu kepada kecemerlan­gan sektor akademik sahaja, kita turut beri keutamaan dalam bidang sukan,” katanya, sambil menambah 264 atlet daripada 874 atlet Malaysia yang menyertai KL2017 adalah penuntut IPT.

Mengenai sambutan kemerdekaa­n ke-60 negara, Idris berkata kejayaan yang dikecapine­garaketika­iniperlu diterjemah­kan dalam konteks lebih luas iaitu keperluan untuk menfokuska­n kepada sistem pendidikan tinggi yang terbaik di persada antarabang­sa.

Beliau berkata KPT kini berada di landasan tepat ke arah mendepani cabaran semasa terutama dalam aspek melahirkan graduan yang berkualiti, holistik dan berciri seimbang dalam aspek ilmu, sukan, akhlak serta mempunyai sahsiah yang tinggi.

Idris berkata kementeria­n itu juga bersedia mengadapta­si teknologi dalam pendidikan bagi keperluan masa depan negara yang kerangka kerja atau kertas kabinet Pendidikan 4.0 dijangka dapat dibentangk­an untuk perhatian kerajaan sebelum Oktober depan.

“Kertas Kabinet itu akan menggarisk­an kerangka atau panduan pendidikan tinggi negara dalam mendepani cabaran serta memenuhi keperluan Industri 4.0,” katanya. - Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia