Utusan Borneo (Sabah)

Syquia sekat hasrat Malaysia sapu bersih emas ekusterian

-

KUALA LUMPUR: Atlet Filipina, Syquia Colin John Collins menyekat hasrat skuad negara menyapu bersih empat emas dalam acara ekuestrian apabila merangkul emas dalam acara show jumping individu pada Sukan SEA Kuala Lumpur (2017 (KL2017) di Pusat Ekuestrian 3Q, Rawang, dekat sini, pada Isnin.

Syquia Colin, 47, yang menunggang kuda ‘Adventure E’, mengecewak­an hasrat skuad negara untuk menutup tirai saingan acara ekuestrian dengan penuh bergaya apabila mempamerka­n persembaha­n paling cermalang dengan catatan masa terpantas 37.63 saat.

Dalam saingan ‘jumpoff’, peserta Filipina itu mengatasi penunggang harapan negara, R. Sharmini Christina yang juga juara bertahan bagi acara pada temasya Sukan SEA Singapura, dua tahun lepas.

Sharimini Christina, yang menunggang ‘Arcado L’, terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas merakamkan masa 41.30s tanpa penalti manakala atlet berpengala­man negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil merangkul gangsa.

Mohd Qabil Ambak, yang turut merangkul pingat perak dalam kategori dressage individu, menggunaka­n kuda ‘3Q Qalisya’ untuk mencatatka­n masa 41.66s.

Dalam penentuan ‘jumpoff’ melibatkan lima peserta, wakil Brunei, Pengiran Mohd Nasir menduduki tempat keempat diikuti wakil Singapura, Catherine Chew.

Secara keseluruha­n, skuad negara menyumbang tiga daripada empat pingat emas yang ditawarkan menerusi Quzandria Nur Mahamad Fathil dalam acara dressage individu, dressage berpasukan dan show jumping berpasukan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia