Utusan Borneo (Sabah)

Vietnam menang emas angkat berat kategori 56kg

-

KUALA LUMPUR: Vietnam meraih pingat emas bagi acara angkat berat kategori 56 kilogram (kg) pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017), pada Isnin.

Thach Kim Tuan menandingi peserta lain selepas berjaya melakukan jumlah keseluruha­n angkatan bebanan seberat 269kg.

Beliau melakukan angkatan bebanan seberat 120 kg bagi disiplin ‘snatch’ dan 149 kg pada disiplin ‘clean & jerk’ pada perlawanan di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MiTEC), di sini pada Isnin.

Pingat perak diraih Surahmat Suwoto Wijoyo daripada Indonesia dengan keseluruha­n angkatan bebanan 267 (119 kg ‘snatch’ dan 148kg ‘clean & jerk’).

Thailand pula membawa pulang pingat gangsa menerusi Witoon Mingmoon yang berjaya mengangkat bebanan 259kg (110 kg ‘snatch’ dan 149 kg ‘clean& jerk’).

Dalam pada itu peserta tuan rumah Muhammad Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad sekadar di tempat keempat dengan jumlah angkatan keseluruha­n 258 kg (115 kg ‘snatch’ dan 143 kg ‘clean & jerk’).

Ketika ditemui pemberita Muhammad Azroy Hazalwafie berkata walaupun tidak memenangi sebarang pingat namun beliau tetap berpuas hati kerana berjaya memecahkan rekod peribadiny­a seberat 250kg pada Sukan Perpaduan Islam 2017 di Baku, Azerbaijan Mei lepas.

“Kalau ikutkan jurulatih hanya sasar 250kg sahaja. Tetapi saya sudah melepasi lapan kilogram, jadi saya sudahcukup­berpuashat­i,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia