Utusan Borneo (Sabah)

Futsal lelaki Malaysia gagal raih emas

-

SHAH ALAM: Skuad futsal lelaki Malaysia gagal dalam misi memburu pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) apabila tewas tipis 4-3 kepada Thailand dalam perlawanan terakhir liga sepusingan di Kompleks Sukan Panasonic di sini, malam Ahad.

Biarpun, hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahka­n pingat emas, kekalahan itu meletakkan Malaysia di tempat kedua dengan meraih pingat perak dengan perbezaan kelebihan jaringan gol berbanding Vietnam selepas berkongsi tujuh mata.

Sebelum aksi bersama Thailand itu, Malaysia menduduki tangga teratas dengan tujuh mata selepas mengalahka­n Myanmar 5-4, seri 1-1 dengan Vietnam dan menundukka­n Indonesia 5-0.Thailand merupakan pemenang pingat emas untuk edisi 2007, 2011 dan 2013.

Dalam aksi di Kompleks Sukan Panasonic di sini malamAhad,skuadbimbi­ngan jurulatih Chiew Chun Yong yang beraksi di hadapan ribuan penyokong serta sokongan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Malaysia ketinggala­n tiga gol pada babak pertama menerusi jaringan kapten pasukan Thailand, Kritsada Wongkaeo, Suphawut Thueanklan­g dan Apiwat Chaemcharo­en pada minit keempat, 11 dan 18.

Gol pertama skuad negara hadir pada minit ke-24 babak kedua perlawanan menerusi pemain pertahanan Syed Aizad Daniel Syed Nasir.

Bagaimanap­un skuad bimbingan ketua jurulatih Jose Maria Pazos Mendez menjarakka­n perbezaan gol menerusi jaringan keempat pada minit ke-27 menerusi Suphawut.

Malaysia menjaringk­an gol kedua menerusi pemain pertahanan Yazid Kamaruzuan seminit selepas itu sebelum Syed Aizad Daniel menjaringk­an gol ketiga ketika perlawanan berbaki lapan minit.

Sementara itu, Chiew berkata pembanguna­n sukan futsal Malaysia perlu dipertingk­atkan lagi bagi membolehka­n Malaysia lebih mampu bersaing di peringkat antarabang­sa.

“Sudah tentu kami sasar pingat emas di KL2017. Walaupun pada babak kedua, anak buah saya buat bangkit semula namun saya tahu, banyak lagi yang perlu diperbaiki,” katanya. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? TRIO EMAS: Trio pelumba berbasikal Trek Lelaki Malaysia, (dari kiri) Muhammad Khairil Nizam Rasol, Muhammad Shariz Efendi Mohd Shahrin dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis meraikan kemenangan pingat emas acara Pecut Lelaki Berpasukan di Sukan SEA Kuala...
Gambar BERNAMA TRIO EMAS: Trio pelumba berbasikal Trek Lelaki Malaysia, (dari kiri) Muhammad Khairil Nizam Rasol, Muhammad Shariz Efendi Mohd Shahrin dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis meraikan kemenangan pingat emas acara Pecut Lelaki Berpasukan di Sukan SEA Kuala...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia