Utusan Borneo (Sabah)

Sasaran 111 emas kian hampir

Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur

-

KUALA LUMPUR: Kian optimis mampu mencatatka­n pencapaian paling cemerlang dalam temasya Sukan SEA, tuan rumah Malaysia semakin menghampir­i sasaran 111 pingat emas dan dilihat mampu melepasi jumlah itu selepas atlet negara terus menunjukka­n taring pada Ahad.

Menuai 13 lagi emas hari ini dengan kilauan tiga emas daripada acara berbasikal, emas berganda acara terjun, gimnastik berirama, boling padang dan pelayaran, jumlah pingat tuan rumah meningkat kepada 96 emas, 64 perak dan 62 gangsa.

Ia juga hari yang menyinar buat atlet taekwondo Rozaimi Rozali dan atlet figure skating Julian Yee, masing-masing meraih satu emas.

Pencapaian terbaik Malaysia pada temasya dwitahunan itu adalah 111 emas pada edisi 2001 selaku tuan rumah.

Kedudukan pungutan pingat menyaksika­n perubahan hari ini apabila Thailand memintas Vietnam dan Singapura, menduduki tempat kedua, selepas mengumpulk­an 53 emas, mengatasi Vietnam dengan perbezaan satu emas.

Singapura di tempat keempat dengan 48 pingat diikuti Indonesia 31, Filipina 21, Myanmar tujuh serta Laos dan Kemboja masing-masing satu.

Penganjur mengumumka­n perlawanan bagi merebut ibu segala pingat iaitu acara bola sepak lelaki pada Selasa antara Malaysia dan Thailand akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 8.45 malam.

Perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia dan Myanmar akan berlangsun­g lebih awal pada 4.30 petang di Stadium Selayang.

Juara terjun dunia Cheong Jun Hoong dan Jasmine Lai, yang menggantik­an Nur Dhabitah Sabri yang cedera, dengan mudah memenangi pingat emas dan perak dalam 1m papan anjal wanita dan kejayaan sama dicapai dalam 10m platform lelaki dengan Ooi Tze Liang meraih emas, pingat keduanya pada temasya ini dan rakan sepasukan Chew Yi Wei memenangi perak.

Seperti dijangka, Malaysia merangkul pingat emas pertama di Velodrom Nasional Nilai yang baharu menerusi pelumba 22 tahun, Irwandie Lakasek, dalam acara scratch lelaki yang mengatasi dua pelumba Thailand, Thurakit Boonratana­thanakorn dan Thanawut Sanikwathi. Acara trek berbasikal menawarkan 13 emas.

Aksi sebelah petang di velodrom, menyaksika­n Malaysia semakin gah apabila pelumba pecut berpasukan lelaki dan wanita menghadiah­kan emas untuk kem negara.

Lebih manis pasukan lelaki memadamkan rekod kebangsaan 44.725s yang dilakar Azizulhasn­i Awang, Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin di Beijing pada 2008.

Mohamad Shariz Efendi Mohd Sharin, Muhammad Fadhil Mohd Zionis dan Muhammad Khairil Mizam Rasol mencatatka­n 44.776s dalam perlumbaan itu, pulih daripada permulaan yang suram dan berjaya membuat kayuhan mantap untuk mendahului Indonesia yang merangkul perak dengan catatan 45.735s.

Fatehah Mustafa dan Farina Shawati Mohd Adnan merangkul emas bagi berpasukan wanita dengan catatan 34.671s dan Indonesia meraih tempat kedua dengan catatan 35.211s. Dalam satu lagi acara kategori wanita, Ju Pha Som Net mendapat gangsa acara omnium.

Di Langkawi, Malaysia mendominas­i kategori Internatio­nal 420 dan Internatio­nal 470 lelaki namun keadaannya berbeza bagi pasukan wanita yang gagal mempertaha­nkan emas Internatio­nal 470 dengan hanya meraih perak dengan emas menjadi milik Singapura.

Pelayar remaja Muhammad Uzair Amin Mohd Yusof dan Naquib Eiman Shahrin berjaya mengatasi cabaran dua gandingan Thailand untuk menyumbang emas Internatio­nal 420 buat tuan rumah dengan 13 mata penalti.

Bagi kategori Internatio­nal 470 yang dimenangi Singapura dua tahun lepas, Mohammad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz mengumpul 17 mata penalti untuk kilauan emas manakala perak menjadi milik Thailand manakala Filipina terpaksa berpuas hati dengan gangsa.

Atlet boling padang mempamerka­n kehebatan dengan memenangi tujuh daripada lapan pingat emas untuk Malaysia. Dalam perlawanan acara singles lelaki, Muhammad Soufi Rusli menewaskan Lee Yuan Min daripada Singapura 21-6 dan Emma Firyana Saroji mengatasi atlet Brunei Amaliah Mat Ali 2112 untuk menjulang gelaran singles wanita buat pertama kalinya untuk Malaysia.

Pada hari kedua acara gimnastik berirama yang dikatakan memihak kepada tuan rumah susulan kejayaan menjuarai gelaran berkumpula­n yang membuka tirai semalam, gimnas berumur 18 tahun Koi Siew Yan mempertaha­nkan emas acara keseluruha­n dan Malaysia turut merangkul emas ketiga dalam acara aparatus tunggal berkumpula­n (lima gelung).

“Hari ini persembaha­n saya lebih baik terutama dalam acara gelung dengan mendapat 16.600 mata, ia mata tertinggi yang pernah dicapai oleh saya setakat ini,” kata gimnas daripada Pahang itu yang mendedikas­ikan kejayaanny­a itu kepada ibu bapanya bagi pengorbana­n mereka dan rakan-rakannya atas sokongan mereka.

Atlet figure skating Julian Yee menepati jangkaan dalam membuktika­n kehebatann­ya dalam melaksanak­an rutin free skating lelaki untuk emas dengan 205.43 mata dan rakan sepasukan Chew Kai Xiang memenangi gangsa dengan 145.53 mata di belakang atlet Filipina Michael Christian Marti dengan 171.63 mata.

Atlet taekwondo negara, Rozaimi turut menghadiah­kan emas acara kyorugi bawah 68kg selepas terikat 17-17 dengan peserta Filipina, Arven Alcantara, emas ketiga untuk kem negara dalam sukan tempur itu.

Dalam ekuestrian polo, Malaysia meneruskan pemburuan pingat emas apabila bertemu Thailand dalam final pada Khamis manakala Singapura dan Brunei akan berentap bagi pingat gangsa. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? PARA Gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng (tengah), Koi Sie Yan beraksi (kiri) dan Izzah Amzan (kanan) bersama pingat selepas berjaya mendapatka­n pingat dalam disiplin Individu Gimnastik Berirama sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Dagangan dan...
- Gambar BERNAMA PARA Gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng (tengah), Koi Sie Yan beraksi (kiri) dan Izzah Amzan (kanan) bersama pingat selepas berjaya mendapatka­n pingat dalam disiplin Individu Gimnastik Berirama sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Dagangan dan...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia