Utusan Borneo (Sabah)

Lori pembancuh simen jatuh tebing bukit, pemandu maut

Lori terjatuh di tebing bukit sebuah tapak pembinaan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang pemandu lori pembancuh simen maut selepas terjatuh di tebing bukit bersama lori dan muatannya, di sebuah tapak pembinaan di Jalan Sin Onn Tiku, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata mangsa, Rais Bacho, 54, yang tersepit di lori terbabit kirakira jam 9.10 pagi, meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati sebelum kemalangan itu berlaku, mangsa memandu lori dengan muatan simen dalam keadaan berundur untuk menuju ke tapak pembinaan.

“Namun apabila tiba di tempat kejadian, lori yang dipandunya secara tibatiba hilang kawalan sebelum terjatuh ke bawah tebing,” katanya.

Fadilberka­tamangsabe­rasal dari Kg Pertama Bombalai dan tidak ada saksi kejadian ditemui setakat ini, namun polis masih meneruskan siasatan berhubung kes terbabit.

Mengulas tindakan lanjut polis, beliau berkata siasatan kes berkenaan kini dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Faisal Ahmad berkata bomba menerima panggilan mengenai kes itu pada jam 9.21 pagi menerusi MERS999.

“Semasa tiba di lokasi kejadian pada jam 9.39 pagi, kita dapati sebuah lori pembancuh simen dalam keadaan terbabas dan terjatuh di tebing bukit,” katanya.

Faisal berkata bomba yang tiba dengan kekuatan dua jentera dan lapan anggota terpaksa menggunaka­n peralatan khas untuk mengeluark­an mangsa yang tersepit di dalam lori.

Beliau menasihati pemandu jentera berat termasuk lori supaya sentiasa berwaspada semasa mengendali­kan kenderaan masing-masing.

 ??  ??
 ??  ?? LORI yang dipandu mangsa terjatuh selepas gagal dikawal.
(Gambar sisipan) Mangsa berjaya dikeluarka­n oleh anggota bomba bertugas.
LORI yang dipandu mangsa terjatuh selepas gagal dikawal. (Gambar sisipan) Mangsa berjaya dikeluarka­n oleh anggota bomba bertugas.
 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia