Utusan Borneo (Sabah)

Guna MyKad palsu mahu ke Kuala Lumpur, lima ditahan

Empat lelaki, seorang wanita dihukum penjara

-

KOTA KINABALU: Empat lelaki dan seorang wanita yang menggunaka­n MyKad palsu, dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Hamsa Hazam, 26, Riminggu Abdullah, 26, Yhan Kasari, 24, Zahin Musa Isarul, 28, masing-masing dikenakan penjara 30 bulan, dan Zaidah Akanur, 27, dipenjara 24 bulan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap semua tertuduh yang tidak diwakili peguam, selepas mereka mengaku bersalah.

Hamsa didapati menggunaka­n MyKad palsu atas nama Saihad Rupiah Halim bernombor 81011212-7735.

Manakala Riminggu dan Yhanmenggu­nakandokum­en peribadi berkenaan atas nama mereka, masing-masing bernombor 9012015-12-687 dan 920502-12-6151.

Zahin menggunaka­n MyKad atas nama Mohd Nasri Sarbani nombor 860601-15-5025 dan Zaidah menggunaka­n Mykad atas nama Anisah Osman nombor 921203-12-6503.

Merekadida­patimelaku­kan kesalahan itu pada 17 Ogos jam 11.30 malam di pintu A8, aras dua, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Atas kesalahan itu, mereka disabitkan mengikut Seksyen 25 (1) (e) PeraturanP­eraturan Pendaftara­n Negara 1990.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara maksimum tiga tahun atau denda antara RM3,000 hingga RM20,000, atau dengan kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada hari sama, semua tertuduh yang ingin menaiki penerbanga­n ke Kuala Lumpur, ditangkap oleh pihak polis kerana disyaki menggunaka­n MyKad palsu.

Mereka seterusnya dibawa ke balai polis KKIA untuk tindakan dan siasatan selanjutny­a.

Tamat menjalani hukuman itu, mahkamah memerintah­kan kelima-lima tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia