Utusan Borneo (Sabah)

Polis tangkap lelaki di kaunter pemeriksaa­n Imigresen LTAKK

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Sepasukan anggota polis Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah D4 Ibu Pejabat Kontinjen Sabah Kota Kinabalu dan Keningau menangkap seorang lelaki rakyat Malaysia di kaunter pemeriksaa­n Imigresen Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu, 25 Ogos, jam 2.15 petang.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila berkata lelaki berusia 40 tahun berasal dari Taman Segambut Indah, Kuala Lumpur, itu disyaki terlibat dalam kes curi sebuah kedai di sini.

Suspek dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan direman untuk membantu siasatan.

“Pada 23 Ogos jam 3.54 pagi, satu laporan polis dibuat pengadu, lelaki berusia 34 tahun dari Keningau yang mengatakan pada 22 Ogos kira-kira jam 10 pagi telah mendapati barangan miliknya iaitu sarang burung dan gamat yang disimpan di stor miliknya di sebuah kedai Jalan Masak telah dicuri.

“Siasatan awal mendapati tempat kejadian merupakan stor tempat pengadu menyimpan stok sarang burung dan gamat,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Ahmad berkata, pengadu merupakan peniaga kedai ubat yang menjual pelbagai ubat-ubatan tradisiona­l Cina, termasuk sarang burung dan juga gamat.

Katanya, pada 23 Ogos jam 10 pagi, pengadu pergi ke stor berkenaan untuk mengira stok sarang burung dan juga gamat, namun mendapati sebahagian besar sarang burung dan gamat telah hilang.

“Pengadu juga mendapati dekoder CCTV stor itu juga telah hilang dipercayai diambil oleh suspek dan setelah membuat pemeriksaa­n, barangan yang hilang adalah 50 kilogram sarang burung yang bernilai RM300,000, 400 kilogram gamat yang bernilai RM192,000 dan satu dekoder CCTV bernilai RM5,000. Jumlah kerugian dianggarka­n sebanyak RM497,000.

“Polis menjalanka­n siasatan di tempat kejadian dan tidak ada sebarang cap jari berjaya ditimbulka­n. Polis juga meneliti satu CCTV kedai sebelah kiri kedai pengadu dan didapati terdapat dua lelaki masuk ke dalam kedai pengadu dan mengangkut beberapa kotak sarang burung, gamat dan dekoder CCTV pada 20 Ogos antara jam 8 dan 11 malam,” katanya.

Ahmad berkata, pengecaman awal pengadu daripada CCTV itu mendedahka­n salah seorang lelaki yang mengangkut barangan milik pengadu itu merupakan lelaki yang dikenali.

Katanya, suspek adalah rakan yang baharu enam bulan berkenalan dengan pengadu dan suspek pernah memasuki stor itu serta pernah menyuaraka­n keinginan menjadi rakan kongsi pengadu.

Menurut beliau, suspek juga disyaki membuat kunci pendua stor terbabit ketika urusan itu berlaku kerana tidak ada sebarang kesan pecah masuk pada stor pengadu.

 ??  ?? AHMAD (tengah) membaca fakta kes pada sidang media itu. Turut kelihatan, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah ASP Lee Nyuk Kim (kiri) dan Pegawai Penyiasat Inspektor Zulhelmi.
AHMAD (tengah) membaca fakta kes pada sidang media itu. Turut kelihatan, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah ASP Lee Nyuk Kim (kiri) dan Pegawai Penyiasat Inspektor Zulhelmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia