Utusan Borneo (Sabah)

APMM patahkan cubaan seludup petrol

Tahan sebuah bot pam, rampas 15 tong minyak

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar minyak petrol ke negara jiran di perairan Tawau pada Ahad.

Pengarah Maritim Daerah (PMD) Tawau Kapten Maritim Romli Hj Mustafa berkata tangkapan dibuat hasil rondaan krew bot yang mengesan dan menahan sebuah bot pam pada kira-kira jam 8.40 malam di perairan barat daya Sungai Kinabu- tan.

“Hasil pemeriksaa­n awal mendapati terdapat seorang juragan lelaki dan seorang awak-awak lelaki disyaki warganegar­a Filipina masingmasi­ng berumur 35 dan 40 tahun,” katanya sambil menambah kedua-dua mereka turut gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati pam bot yang ditahan turut membawa muatan berisi minyak petrol berjumlah 15 tong.

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati bot terbabit telah memasuki negara ini beberapa hari yang lepas dan berkemungk­inan telah membawa masuk pendatang tanpa izin (PTI).

Mereka mengambil peluang untuk balik ke Filipina dengan membawa bekalan minyak tanpa kebenaran.

“Pihak Maritim Malaysia mensyaki kesemua tong minyak itu cuba dibawa keluar dari daerah ini menuju ke Bongao, Filipina dari Batu 4, Tawau melalui laluan perairan yang tidak diwartakan,” katanya.

Tambahnya, pam bot dan awak-awak telah diiring dan dibawa masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk di siasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pihak APMM akan terus meningkat dan mengetatka­n lagi rondaan khususnya di perairan Tawau bagi membantera­s aktiviti penyeludup­an dari semasa ke semasa.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menyalahi undang-undang perairan Malaysia dan kecemasan di laut diminta menghubung­i talian 24 jam MERS 999 atau 089-752115 bilik operasi DM18, Tawau.

 ??  ?? MINYAK yang berjaya dirampas oleh pihak APMM.
MINYAK yang berjaya dirampas oleh pihak APMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia