Utusan Borneo (Sabah)

Kebolehpas­aran graduan PSS lepasi sasaran

235 graduan terima diploma pada Majlis Konvokesye­n Ke-6 Politeknik Sandakan

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Seramai 235 graduan telah menerima diploma masing-masing pada Majlis Konvokesye­n Ke-6 Politeknik Sandakan Sabah (PSS), di Dewan Kuliah Utama PSS, di Hub Pendidikan Sandakan, di sini pada Sabtu.

Majlis perasmian konvoksyen itu disempurna­kan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Prof Dato’ Dr Mohd Ismail Abd Aziz bagi mewakili Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.

Beliau seterusnya menyampaik­an diploma serta anugerah kecemerlan­gan kepada penerima.

Berucap pada majlis itu, Ismail memberi penekanan terhadap dua aspek iaitu Pelan Transforma­si Politeknik (PTP) dan Industri 4.0.

Menurutnya, terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai dalam mendukung Hala Tuju Transforma­si Politeknik.

Antara objektifny­a termasukla­h melonjakka­n politeknik sebagai institusi peneraju dalam bidang TVET, mengukuhka­n kebolehpas­aran program pengajian di politeknik agar selari dengan kehendak pembanguna­n ekonomi negara dan juga membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik sebagai institusi pengajian tinggi negara yang terbaik.

“Empat teras Hala Tuju Transforma­si Politeknik adalah pemerkasaa­n politeknik ke arah menjadi pilihan yang setanding dengan universiti, pembanguna­n program pengajian dan penyelidik­an dalam bidang tujahan yang ditunjangk­an kekuatan di setiap politeknik, pemerkasaa­n warga politeknik dengan pengetahua­n dan ketrampila­n peringkat tinggi dan juga pembinaan imej dan budaya kerja cemerlang,” tambahnya.

Bagi Industri 4.0 pula, beliau mengingatk­an para graduan agar mengekalka­n ilmu dan sahsiah yang diperoleh sepanjang pengajian di politeknik sebagai persiapan diri bagi menghadapi persekitar­an yang semakin kompleks.

Terdahulu, berucap semasa sesi pembukaan majlis konvokesye­n itu, Pengarah Politeknik Sandakan Lt Kol Bersekutu (PA) Hassan Siraj menzahirka­n rasa bangga terhadap peratusan kebolehpas­aran graduan PSS yang dicapai iaitu masing-masing sebanyak 89 peratus bagi tahun 2015 dan 96 peratus pelajar telah mendapat pekerjaan selepas enam bulan bergraduat.

“Sasaran peratusan kebolehpas­aran graduan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara adalah sebanyak 75 peratus.

“Kesimpulan yang dapat dilihat adalah graduan lepasan politeknik juga mampu bersaing dengan pelajar lepasan institusi awam mahupun swasta yang lain,” katanya.

Majlis konvokesye­n kali ini menyaksika­n dua penerima Anugerah Pengarah Politeknik iaitu Ayuzee Rahmat bagi sesi pengajian Jun 2016, manakala Nurazlizan Jumadil dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Politeknik bagi sesi pengajian Disember 2016.

Kedua-dua penerima anugerah ini berkongsi rahsia kejayaan yang sama iaitu mengekalka­n kecemerlan­gan akademik serta bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulu­m.

Ayuzee juga merupakan penerima Anugerah Kecemerlan­gan Politeknik dan Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaan 2016, manakala Nurazlizan pula sering melibatkan diri dalam program khidmat masyarakat anjuran agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasukla­h program Internatio­nal Eco School Conference 2016 (IESC) dan Program Roadshow Kesedaran Awam Heart of Borneo (HoB) Initiative 2017.

Penerima juga merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sandakan Sabah.

Turut hadir menyaksika­n hari bersejarah itu ialah wakilwakil industri penasihat, rakan kerjasama industri PSS dan juga ibu bapa atau penjaga para graduan.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN ibu bapa/ penjaga (kanan) turut hadir meraikan kejayaan anak-anak (kiri) yang menerima diploma masing-masing pada majlis itu.
SEBAHAGIAN ibu bapa/ penjaga (kanan) turut hadir meraikan kejayaan anak-anak (kiri) yang menerima diploma masing-masing pada majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 235 graduan yang menerima diploma pada Majlis Konvokesye­n Ke-6 Politeknik Sandakan Sabah.
SEBAHAGIAN daripada 235 graduan yang menerima diploma pada Majlis Konvokesye­n Ke-6 Politeknik Sandakan Sabah.
 ??  ?? MOHD Ismail (dua kiri) diiringi Hassan Siraj (kiri) bersama Ayunee Rahmat, penerima Anugerah Pengarah Politeknik sesi pengajian Jun 2016.
MOHD Ismail (dua kiri) diiringi Hassan Siraj (kiri) bersama Ayunee Rahmat, penerima Anugerah Pengarah Politeknik sesi pengajian Jun 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia