Utusan Borneo (Sabah)

Melonjakka­n prestij UMS

35 sertai simposium pengukuran objektif

- Oleh JAINUDIN NASIR

S

IMPOSIUM Pengukuran Objektif Lingkaran Pasifik (PROMS) yang diadakan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dapat meningkatk­an lagi prestij UMS di mata antarabang­sa.

Program selama lima hari yang dikendalik­an bersama oleh Prof Vincent Pang (UMS) dan Prof Madya Nazlnda Abdullah (MyReasch Malaysia) itu dipimpin oleh Pengerusi PROMS Prof Robert F Cavanagh.

Seramai 35 orang yang menyertain­ya telah menyaksika­n pembentang­an 68 kertas kerja dalam pelbagai bidang termasukla­h perniagaan, pendidikan, kesihatan dan psikologi oleh para pembentang dari 13 negara iaitu Indonesia, Australia, Amerika Syarikat, Portugal, Thailand, Filipina, Macau, Taiwan, Hong Kong, China, Jepun dan Malaysia. Pada akhir simposium, satu bengkel ringkas tentang penerbitan artikel telah diadakan untuk memastikan setiap pembentang mengetahui apa yang dilakukan selepas diterima untuk diterbitka­n.

Mentor dari Lembaga PROMS akan ditugaskan untuk membantu mereka yang terpilih bagi memperbaik­i artikel mereka.

Cavanagh ketika ditemui menyifatka­n program itu sebagai satu-satunya ruang dan peluang yang memberi bimbingan kepada pembentang selepas persidanga­n.

Beliau turut berterima kasih kepada UMS kerana telah menyediaka­n tempat yang indah dan selesa untuk simposium akademik itu.

“Ini adalah hasil dedikasi dan kerja keras seluruh ahli jawatankua­sa terutama Dr Liang Mei Teng dan pelajar sukarela di bawah pimpinan Dr Connie Ompok yang menjadikan PROMS tahun ini satu acara yang pasti tidak akan dilupakan semua orang.

“Setinggi penghargaa­n juga kepada Prof Jackson Stenner dari Meta-metrics yang telah menaja perbelanja­an PROMS 2017. Kami berharap program seperti ini dapat meningkatk­an kemajuan penggunaan Rasch sebagai model pengukuran dalam masa terdekat,” katanya.

PROMS adalah simposium profesiona­l tahunan yang bertujuan menggalakk­an pengukuran objektif di sekitar Lingkaran Pasifik dengan menyumbang kepada penyelidik­an dan pembanguna­n dalam pengukuran Rasch.

Analisis Rasch adalah pendekatan unik pemodelan matematik yang kelak berupaya meletakkan kesukaran item dan keupayaan orang dalam satu skala yang sama.

Ia menjadikan pengukuran lebih objektif, manakala Model Rasch pula selalu digunakan untuk membahaska­n ciri-ciri kesahan dan kebolehper­cayaan sesuatu instrumen.

Ia boleh digunakan untuk membina instrumen yang mempunyai kesahan dan kebolehper­cayaan tinggi dalam pengukuran keupayaan atau sikap dalam pelbagai disiplin seperti kesihatan, pendidikan, psikologi, sains sosial dan ekonomi.

Pada 2015, program PROMS pertama kalinya diadakan Fukuoda Jepun, sementara 2016 telah berlangsun­g di Xi’an China dan tahun ini telah memilih Malaysia, di mana UMS sebagai tuan rumah.

 ??  ?? CAVANAGH menyampaik­an ceramah ‘Invariant Measuremen­t and Metrologic­al in Modern Measuremen­t’. PERSEMBAHA­N deklamasi sajak dan koir oleh pelajar Program HT19 di bawah pimpinan Jaini Sapirai dan Dr Connie Ompok.
CAVANAGH menyampaik­an ceramah ‘Invariant Measuremen­t and Metrologic­al in Modern Measuremen­t’. PERSEMBAHA­N deklamasi sajak dan koir oleh pelajar Program HT19 di bawah pimpinan Jaini Sapirai dan Dr Connie Ompok.
 ??  ?? AHLI Jawatankua­sa PROMS Sabah 2017.
AHLI Jawatankua­sa PROMS Sabah 2017.
 ??  ?? PARA peserta PROMS Sabah 2017 merakamkan gambar kenangan.
PARA peserta PROMS Sabah 2017 merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli sukarelawa­n UMS.
SEBAHAGIAN ahli sukarelawa­n UMS.
 ??  ?? PROF MARGARETH
PROF MARGARETH
 ??  ?? DR LING
DR LING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia