Utusan Borneo (Sabah)

Berpengala­man menjahit selama 10 tahun

Salawati mengorak langkah hasilkan shawl instant

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

MEMILIKI kemahiran menjahit pakaian merupakan satu kelebihan yang boleh mendatangk­an keuntungan.

Tidak hanya terhad untuk menjahit baju kurung, jubah dan baju melayu, si tukang jahit boleh meluaskan aktiviti dengan menghasilk­an tudung dan shawl, apatah lagi penggunaan produk itu kini meluas dan menjadi trend semasa.

Itulah kelebihan yang dimanfaatk­an oleh seorang surirumah, Salawati Abd Rahman, 44, dari Kampung Gas Baru, Sandakan.

Memiliki pengalaman menjahit pakaian selama 10 tahun, beliau kini mengorak langkah dengan menghasilk­an pelbagai jenis shawl segera (instant).

“Saya mula menjahit shawl sejak setahun yang lalu. Dan sambutan yang diterima Alhamdulil­lah memberangs­angkan.

“Memandangk­an material kain di Sandakan agak mahal, jadi buat masa ini saya gunakan shawl kosong biasa yang kemudian dijahit menjadi instant dan dihias dengan pelbagai corak menggunaka­n manik dan batu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Negeri Sabah 2017 di Sandakan baru-baru ini.

Salawati merupakan seorang daripada 200 pempamer yang menyertai Showcase SDSI selama tiga hari di Piazza Harbour Mall Sandakan. Program itu julung kali diadakan di daerah ini.

Menurutnya, ketika ini beliau dalam proses untuk mengeluark­an label sendiri dan berharap ia mampu menarik lebih ramai hijabista untuk membeli dan memakai shawl instant yang dihasilkan­nya.

“Saya melihat sesuatu produk itu akan lebih kukuh dan mampu menarik minat pelanggan sekiranya mempunyai jenama atau label sendiri. Sebab sebelum ini ada pernah juga saya dengar pelanggan cakap tidak mahu beli tudung ini sebab biasa sahaja, tiada label pun,” jelasnya.

Ketika ini kebanyakan tempahan shawl diterima daripada rakan-rakan kumpulan marhaban serta pelanggan yang inginkan kelainan seperti shawl sedondon untuk majlis kahwin.

Selain itu, beliau juga lebih suka menghasilk­an satu design bagi sehelai shawl sekaligus menjadikan­nya produk itu edisi terhad.

Dalam pada itu, Salawati terus aktif menyertai pelbagai jenis kursus berkaitan untuk meluas dan memantapka­n lagi kemahiran menjahit dan menghias tudung.

Jelasnya, trend shawl dan tudung tidak pernah surut sebaliknya sentiasa berubah mengikut peredaran masa yang memerlukan beliau untuk turut sama seiring dengan perubahan itu.

 ??  ?? SHAWL instant yang dihasilkan Salawati dipamerkan pada Showcase SDSI Peringkat Negeri Sabah 2017.
SHAWL instant yang dihasilkan Salawati dipamerkan pada Showcase SDSI Peringkat Negeri Sabah 2017.
 ??  ?? SALAWATI (kiri) bersama saudaranya yang turut aktif menghasilk­an tudung dan shawl tempah khas.
SALAWATI (kiri) bersama saudaranya yang turut aktif menghasilk­an tudung dan shawl tempah khas.
 ??  ?? PELBAGAI pilihan shawl dan scarf yang dihasilkan untuk pelanggan.
PELBAGAI pilihan shawl dan scarf yang dihasilkan untuk pelanggan.
 ??  ?? SALAWATI (kiri) mempamerka­n shawl instant yang dihasilkan.
SALAWATI (kiri) mempamerka­n shawl instant yang dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia