Utusan Borneo (Sabah)

Berbasikal untuk riadah, pelanconga­n

Program Fun Ride For Merdeka dapat sambutan

- Oleh JOHAN AZIZ

Program Fun Ride For Merdeka yang diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n mendapat sambutan yang begitu hangat sekali daripada peminat basikal di daerah ini, yang diadakan pada Ahad.

Program yang disertai kira-kira 200 penunggang basikal di daerah ini telah dilangsung­kan di padang bandaran di sini dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Dalam ucapannya, beliau menyifatka­n program yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Tionghua Keningau (KCCC) merupakan aktiviti yang dapat meningkatk­an kesihatan tubuh badan dan telah mendapat sokongan yang baik dalam kalangan peminat berbasikal di daerah ini.

“Saya juga meminta agar pihak Jawatankua­sa Pelaksana Tahun Melawat Keningau 2018 dapat menjadikan program berbasikal ini sebagai salah satu pengisian yang dapat menarik pelancong menyertai program ini.

“Saya percaya melalui program ini, ia turut menyumbang kepada peningkata­n aktiviti berbasikal selain para peminat berbasikal dapat mengambil bahagian dalam aktiviti seumpama ini di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­trur berkata potensi daerah ini amat cerah untuk terus maju terutama dalam perkembang­an industri pelanconga­n.

Menurut beliau, melalui program yang diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdakaa­n turut memberikan kesedaran kepada generasi muda mengenai erti kemerdekaa­an sebenarnya selain melahirkan belia yang patrotik dan cintakan negara.

Ahli Parlimen Keningau itu meminta agar belia di daerah ini dapat mengambil peranan dalam menganjurk­an aktiviti bercorak sukan sempena dengan Tahun Melawat Keningau 2018.

Beliau turut menghargai usaha KCCC yang mengambil inisiatif serta komited dalam menganjurk­an lagi aktiviti itu dan berharap agar ia dapat dijadikan sebagai acara tahunan.

Pada masa yang sama, Pairin turut mengucapka­n terima kasih atas kerjasama rapat kepada pihak yang menyumbang­kan derma sempena program itu.

Terdahulu dalam ucapannya, pengerusi penganjur Raymond Koh berkata tujuan utama aktiviti adalah untuk memperting­katkan mutu kesihatan para penduduk tempatan dengan berbasikal melalui kawasan yang penuh dengan kehidupan semulajadi dan udara yang nyaman selain mengurangk­an pencemaran udara.

“Dalam zaman yang serba moden ini, kita sentiasa mencari jalan untuk mengurangk­an berbagai masalah pencemaran dan satu daripadany­a adalah asap yang dikeluarka­n oleh kenderaan.

“Bagi mengurangk­an masalah ini, beberapa negara yang maju telah menggalakk­an penduduk menggunaka­n basikal sebagai satu cara pengangkut­an,” katanya.

Raymond yang juga pengerusi KCCC berharap aktiviti yang dijalankan dapat memberi kesan yang baik supaya ia dapat diperluas demi kebaikan generasi akan datang.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjura­n program itu termasuk para peminat berbasikal, AJK pelaksana, pemimpin masyarakat Tionghua dan persatuan-persatuan Tionghua di daerah ini.

Sempena program itu, turut diadakan penyerahan beberapa sumbangan amal iaitu tiga motosikal kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau dan sebuah lagi untuk Pejabat Daerah Keningau.

Sumbangan tiga motosikal adalah daripada Dewan Perniagaan Tionghua Kota Kinabalu (KKCCC) dan sebuah lagi disumbangk­an oleh ahli perniagaan Datuk Yap Yit Teck.

Sebanyak tujuh kerusi roda disumbangk­an kepada Klinik 1Malaysia UTC sementara empat lagi diberikan kepada empat individu yang terpilih.

Kerusi-kerusi roda itu disumbangk­an oleh Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat Datuk Jake Jikulin Nointin sebanyak dua buah, Sang Fah Motor (empat), Hiap Lee Shopping Centre (empat) dan Restoran Rahmat & Cafe (satu).

Selain itu, hampir 100 hadiah cabutan tiket bertuah berupa basikal, peralatan basikal dan hamper disumbangk­an oleh Kedai Basikal Soon Soon dan Hiap Lee Shopping Centre diberikan kepada peminat berbasikal yang bertuah dari Keningau, Ranau, Tenom dan lainlain daerah yang menyertai program itu.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman, Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila, Kapitan Peter Ma dan Kapitan Liew Ket Lim.

 ??  ?? (Gambar kiri) PAIRIN bersama para pemimpin dan pegawai kerajaan bergambar dengan AJK pelaksana diketuai Raymond.
(Gambar kiri) PAIRIN bersama para pemimpin dan pegawai kerajaan bergambar dengan AJK pelaksana diketuai Raymond.
 ??  ?? PAIRIN menyerahka­n sebuah motosikal kepada Yusop sambil diperhatik­an oleh Jake (kanan) dan Raymond (kiri).
PAIRIN menyerahka­n sebuah motosikal kepada Yusop sambil diperhatik­an oleh Jake (kanan) dan Raymond (kiri).
 ??  ?? PARA peserta berbasikal siap untuk dilepaskan oleh Pairin.
PARA peserta berbasikal siap untuk dilepaskan oleh Pairin.
 ??  ?? PAIRIN menyerahka­n motosikal kepada Ahmad. Turut kelihatan (dari kanan) Liew, Jake, Yusop, Raymond, Peter dan Jimmy mewakili Yap.
PAIRIN menyerahka­n motosikal kepada Ahmad. Turut kelihatan (dari kanan) Liew, Jake, Yusop, Raymond, Peter dan Jimmy mewakili Yap.
 ??  ?? (Gambar atas) RAYMOND menyampaik­an cendera kenangan kepada Pairin.
(Gambar atas) RAYMOND menyampaik­an cendera kenangan kepada Pairin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia