Utusan Borneo (Sabah)

Japen kuatkuasa KPM pada Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

-

KOTA KINABALU: Penggunaan Kad Perakuan Media(KPM)yangdikelu­arkan Jabatan Penerangan Malaysia akan dikuatkuas­a pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

Pengarah Penerangan Sabah Suwady Guliling berkata langkah itu bagi membolehka­n media yang bertugas dapat membuat liputan dengan selesa dan melaporkan maklumat yang sahih.

Menurutnya, pas media semasa program hanya akan diberi kepada pemegang KPM dan mereka boleh menuntut pas itu daripada Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Japen Sabah.

“Kad Perakuan Media ini kita sudah keluarkan sejak tahun 1990-an lagi dan kad itu juga telah melalui revolusiny­a tersendiri dari segi rupa fizikal, warna dan sebagainya.

“Hanya agensi media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan sahaja yang akan memiliki kad ini dan mereka dianggap wakil media yang sah.

“Bagi memastikan mereka dapat membuat liputan dengan selesa, kita memutuskan hanya mereka yang memiliki KPM akan diberi pas media semasa program yang boleh didapati daripada pegawai yang ditugaskan.

“Mereka yang telah mendapat pas media program pula akan diberi kebenaran untuk berada di posisi tertentu yang telah ditetapkan penganjur pada Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September ini,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Promosi Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2017 di Wisma Dang Bandang, pada Isnin.

Jawatankua­sa itu dianggotai jabatan serta agensi Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia seperti Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Lembaga Sukan Negeri Sabah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Pos Malaysia, Telekom Malaysia (TM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Sabah.

Sejurus selepas mempengeru­sikan mesyuarat, Suwady menyempurn­akan gimik perasmian kain rentang Jalur Gemilang di pejabat Bahagian Media dan Komunikasi Korporat jabatan berkenaan.

Cetakan tapak tangan yang akhirnnya membentuk Jalur Gemilang itu, membawa mesej memelihara perpaduan dengan penyatuan semua rakyat yang berbilang bangsa, kaum, agama serta budaya menerusi berbezaan warna biru, merah dan kuning di atas kain putih.

Tapak tangan itu juga menggambar­kan harapanhar­apan rakyat dan para perjuang kemerdekaa­n yang akhirnya berjaya mebentuk negara yang berdaulat melalui ikon Jalur Gemilang di tengah kain rentang itu.

Justeru, beliau mengajak warga merdeka di negeri ini agarbersam­a-samamemeli­hara perpaduan yang sedia terjalin serta menghargai nikmat kemerdekaa­n negara.

 ??  ?? SUWADY (tengah) merakamkan gambar bersama AJK Jawatankua­sa Promosi Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2017.
SUWADY (tengah) merakamkan gambar bersama AJK Jawatankua­sa Promosi Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2017.
 ??  ?? SUWADY (empat dari kiri) bergambar bersama pegawai dan anggota Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Japen Sabah.
SUWADY (empat dari kiri) bergambar bersama pegawai dan anggota Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Japen Sabah.
 ??  ?? TIMBALAN Pengarah Supian Musa turut mempamer bakat melukis yang dimilikiny­a sejak di bangku sekolah.
TIMBALAN Pengarah Supian Musa turut mempamer bakat melukis yang dimilikiny­a sejak di bangku sekolah.
 ??  ?? SUWADY melengkapk­an jalur merah pada Jalur Gemilang, sambil diperhatik­an Timbalan Pengarah Supian Musa (kanan).
SUWADY melengkapk­an jalur merah pada Jalur Gemilang, sambil diperhatik­an Timbalan Pengarah Supian Musa (kanan).
 ??  ?? TANDATANGA­N diturunkan Suwady sebagai tanda rasminya kain rentang itu untuk dipamerkan sepanjang Bulan Kebangsaan.
TANDATANGA­N diturunkan Suwady sebagai tanda rasminya kain rentang itu untuk dipamerkan sepanjang Bulan Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia