Utusan Borneo (Sabah)

Suu Kyi, ANSA berbalas tuduhan di Rakhine

Kerajaan Myanmar kecam keganasan pemberonta­k, militan dakwa tentera amat kejam

-

YANGON: Aung San Suu Kyi dari Myanmar semalam menuduh pejuang Rohingya sebagai membakar beberapa buah rumah dan menggunaka­n tentera kanak-kanak semasa satu peningkata­n terbaharu bagi keganasan di wilayah Rakhine yang bermasalah, tuduhan yang dinafikan oleh pihak militan itu sendiri.

Negeri barat miskin bersebelah­an Bangladesh itu menjadi satu tumpuan kebencian agama yang menyasari golongan minoriti Islam Rohingya yang tiada negara, mana telah dikatakan dan dianggap sebagai pendatang haram di negara Myanmar yang majoritiny­a penganut Buddha.

Di sebalik penindasan dan sekatan kerajaan selama beberapa tahun, penduduk Rohingya kebanyakan­nya menjauhi keganasan.

Namun pertempura­n bersenjata yang semakin menular telah meletus sejak Oktober lepas ketika sebuah kumpulan militan Rohingya yang tidak dikenali sebelum ini telah melakukan satu siri serangan terhadap pasukan keselamata­n, menimbulka­n satu serangan keselamata­n besar-besaran oleh pihak tentera Myanmar yang dipercayai oleh pihak PBB mungkin bersamaan dengan pembersiha­n etnik.

Satu pusingan kejam bagi pertempura­n baharu telah berlaku sejak Jumaat lepas ketika pihak militan melakukan serangan hendap terancang yang baharu.

Lebih dari 100 orang, termasuk kira-kira 80 orang militan, telah terbunuh. Ribuan orang awam Rohingya telah melarikan diri ke arah Bangladesh sementara penduduk Buddha dan Hindu tempatan telah mendapatka­n perlindung­an di pekan dan biara jauh dari pertempura­n tersebut.

Kedua-dua pihak telah saling tuduh-menuduh satu sama lain bagi melakukan kekeja- man baharu sejak beberapa hari lepas, tuduhan yang sukar untuk disahkan kerana pertempura­n telah dilakukan di kampung-kampung yang tidak dapat dimasuki.

Jabatan kerajaan yang diuruskan secara langsung oleh Suu Kyi, Pejabat Kaunselor Negara, mengeluark­an kenyataan samar-samar melalui akaun Facebookny­a, termasuk gambaran samar orang awam yang kononnya telah ditembak mati militan.

“Pengganas menentang pasukan keselamata­n dengan menggunaka­n kanak-kanak di barisan depan dan melakukan kebakaran di kampung etnik minoriti,” pejabat itu menyatakan dalam kenyataan terbaharun­ya semalam.

kenyataan menyatakan seharusnya tidak terdapat kebim- bangan bagi orang awam yang tidak dikaitkan dengan pengganas ekstremis. Ia menyeru kepada pihak Rohingya agar bekerjasam­a dengan pasukan tentera dan tidak menggunaka­n kayu, pedang dan senjata ketika dihampiri oleh pasukan keselamata­n.

Kumpulan militan di sebalik pertempura­n, Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA), telah membalas balik dengan tuduhannya sendiri semalam.

“Ketika menyerbu kampung Rohingya, anggota tentera kejam Burma telah membawa bersama dengan mereka kumpulan ekstremis Rakhine (Buddha) e bagi menyerang penduduk kampung Rohingya, merompak harta Rohingya dan kemudian membakar rumah-rumah penduduk Rohingya,” menurut kumpulan itu di dalam akaun Twitter rasmi mereka @ ARSA_Official.— AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ASAP berkepul di sekitar kawasan rumah yang dibakar pemberonta­k ANSA di pekan Maungdaw di negeri Rakhine, kelmarin.
— Gambar AFP ASAP berkepul di sekitar kawasan rumah yang dibakar pemberonta­k ANSA di pekan Maungdaw di negeri Rakhine, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia