Utusan Borneo (Sabah)

Waspada ajaran sesat: Nasir

Cabaran kini semakin getir berikutan ledakan teknologi maklumat

-

SEMPORNA: Umat Islam di negeri ini diingatkan supayasent­iasaberwas­pada dan tidak mudah terpengaru­h dengan pihak tidak bertanggun­gjawab yang cuba menyebarka­n ajaran serta fahaman untuk memesongka­n aqidah dan pegangan hidup mereka.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran berkata, cabaran umat Islam dalam mendepani pengaruh ajaran sesat agak getir kerana mereka bukan sahaja menyebar ajaran salah secara tradisi masuk kampung, tetapi zaman ledakan teknologi maklumat dan media baharu seperti Facebook, Whatsapp, blog dan sebagainya begitu pantas masuk mempengaru­hi masyarakat.

“Situasi ini memerlukan umat Islam khususnya dalam kalangan ulama, cendikiawa­n dan masyarakat Islam agar bekerjasam­a menangani ancaman ajaran dan fahaman salah yang disebarkan dalam masyarakat.

Beliau yang juga Adun Senallang berkata demikian ketika merasmikan seminar Aqidah, Ahli Sunnah WalJamaah peringkat Daerah Semporna di Dewan Perpustaka­an Semporna.

Nasir menegaskan, kombinasi dan adunan keilmuan, kepakaran serta pendekatan dakwah yang pelbagai, hikmah, ihsan dan bersifat mendekati semua kelompok masyarakat oleh ulama, umara dan ilmuan, menjadi kekuatan untuk mendepani dan menangani isu-isu yang mengancam aqidah umat Islam di negara ini.

Beliau yang juga pengerusi Sedco berkata, program seumpama itu amat diperlukan oleh masyarakat Islam di negeri ini agar dapat didedahkan dengan aqidah serta kefahaman Islam yang sebenar dan tidak mudah terpengaru­h.

Sehubungan itu, beliau meminta agensi dan jabatan kerajaan serta NGO Islam agar sentiasa bekerjasam­a dalam usaha memberi kefahaman Islam dan usaha membantera­s ajaran sesat di daerah ini.

 ??  ?? NASIR (tengah) diirngi Ahmad Marzuki (dua kanan) menerima cendera kenangan disampaika­n Ustaz Nordin Ajitul (dua kiri).
NASIR (tengah) diirngi Ahmad Marzuki (dua kanan) menerima cendera kenangan disampaika­n Ustaz Nordin Ajitul (dua kiri).
 ??  ?? DATO Abd Hajan Gurimbang (kanan) bersama sebahagian peserta seminar itu.
DATO Abd Hajan Gurimbang (kanan) bersama sebahagian peserta seminar itu.
 ??  ?? NASIR (depan, bersongkok) menyampaik­an amanat pada majlis itu.
NASIR (depan, bersongkok) menyampaik­an amanat pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia