Utusan Borneo (Sabah)

5,000 hadir meriahkan konsert #CATSDAYOUT Vol. 6

-

KUCHING: Kira-kira 5,000 warga bandar raya ini menyaksika­n konsert khas #CATSDAYOUT Volume 6 (#CDO V.6) sempena sambutan ulang tahun ke-20 Projek Bandar Samariang yang berlangsun­g meriah di perkaranga­n tempat letak kereta Mydin Samariang, malam Sabtu lalu.

Konsert #CDO V.6 sempena itu merupakan kemuncak acara yang berlangsun­g sepanjang hari, “menghangat­kan” bandar Samariang dengan persembaha­n barisan artis seperti Hazama yang ditunggu-tunggu oleh penonton.

Hazama membawakan empat buah lagu termasuk single terbarunya, ‘Aku Yang Sebenar’ manakala Misha Omar turut memukau penonton dengan kemantapan vokalnya.

Sementara itu, band baru The Doubleshoe­s dari Kuching, juga menghiburk­an pengunjung dengan aksi menarik mereka, manakala kumpulan Floor 88 yang popular dengan lagu ‘Zalikha’ memberikan persembaha­n yang bertenaga.

Artis-artis lain yang turut membuat persembaha­n ialah Eleena Harris, Ila Damiaa, Rickie Andrewson, Asyraf Hardy dan kumpulan etnik At Adau. Konsert #CDO V.6 ditaja oleh Projek Bandar Samariang Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Cahya Mata Sarawak Bhd (CMSB) manakala Hotel Meritin merupakan penaja penginapan rasmi untuk artis.

Pengarah Urusan CMSB, Dato’ Richard Curtis dan CEO CATS FM Haji Mohd Iskandar Mohd Nawawi turut hadir menyaksika­n konsert tersebut.

Sementara itu, Kartina Abdullah dari Samariang merupakan pemenang hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal Modenas V15.

Untuk info lebih lanjut Konsert #CDO V.6 layari Instagram atau facebook rasmi CATS FM.

 ??  ?? ZALIKHA: Kumpulan Floor 88 mendendang­kan lagu popular mereka, Zalikha.
ZALIKHA: Kumpulan Floor 88 mendendang­kan lagu popular mereka, Zalikha.
 ??  ?? MERIAH: Penonton yang hadir menyaksika­n Konsert #CATSDAYOUT Volume 6.
MERIAH: Penonton yang hadir menyaksika­n Konsert #CATSDAYOUT Volume 6.
 ??  ?? RAMAI PEMINAT: Misha Omar (kanan) bergambar dan bermesra dengan peminat.
RAMAI PEMINAT: Misha Omar (kanan) bergambar dan bermesra dengan peminat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia