Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan sasar 250 penyertaan

Golf Piala Amal Korporat Yang Dipertua Negeri (HSCCC) 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pihak penganjur Kejohanan Golf Piala Amal Korporat Yang Dipertua Negeri (HSCCC) 2017 meletak sasaran untuk menarik penyertaan 250 pemain pada kejohanan edisi ke-3 tahun ini.

Kejohanan berpasukan itu akan berlangsun­g di Sutera Harbour Marina, Golf & Country Club (SHMGCC) pada 14 Oktober hadapan.

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Haji Al Hambra Tun Juhar semasa sidang media di Sutera Harbour Marina pada Isnin berkata, tahun lalu, kejohanan anjuran bersama Yayasan Nur Jauhar dan Sutera Harbour Resort (SHR) itu berjaya menarik penyertaan 50 pasukan.

Kejohanan itu melibatkan empat pemain sepasukan di mana tiga keputusan terbaik akan dikira sebagai pencapaian keseluruha­n pasukan mengikut format Nett Stroke Play 18 Lubang.

“Tahun ini, kejohanan ini akan melibatkan dua sesi pelepasan iaitu 7.30 pagi dan 12.30 tengahari secara `shot-gun’.

“Sebagai penghargaa­n buat penaja utama, semasa kejohanan ini nanti, lapangan ini akan dinamakan dengan Lapangan Golf Hap Seng dan Teck Guan masing-masing untuk sembilan lubang pertama dan kedua,” jelas Al Hambra.

Menurut beliau, hadiah Pukulan Selubang (HiO) yang lumayan termasuk sebuah kereta Mercedes sumbangan Hap Seng Star Sdn Bhd menanti peserta bertuah.

Selain itu, hadiah-hadiah lain termasukla­h tiket penerbanga­n pergi-balik Kelas Pertama dari Kota Kinabalu ke London untuk dua orang sumbangan Malaysia Airlines Berhad serta barangan golf sumbangan MST Golf.

“Kejohanan tahun ini diadakan bersempena Ulangtahun Ke-64, Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin yang mana merupakan penung Sutera Harbour Marina, Golf and Country Club (SHMGCC) dan Yayasan Tun Jauhar.

“Selepas pertanding­an golf amal, Majlis Makan Malam Gala dan penyampaia­n hadiah akan berlangsun­g di Grand Ballroom, The Magellan Sutera Resort bermula 7.00 malam,” tambah beliau.

Katanya, para peserta, syarikat atau organisasi boleh menderma mengikut Pakej Derma HSCCC eksklusif iaitu bermain golf dan menghadiri majlis makan malam.

Pakej-pakej yang ditawarkan ialah Pakaj Platinum (RM25,000 ke atas) di mana penderma boleh menghantar penyertaan lima pasukan golf dan lima meja di malam Gala, Pakej Emas (RM15,000 ke atas) tiga pasukan golf dan tiga meja di malam Gala, Pakej Perak (RM10,000 ke atas) dua pasukan golf dan dua meja di malam Gala, serta Pakej Gangsa (RM5,000 ke atas) satu pasukan golf dan satu meja di malam Gala.

Manakala untuk majlis makan malam sahaja, mereka yang berminat boleh mendapatka­n Pakej Orkid bernilai RM2,000, di mana penderma akan diberi keistimewa­an dua meja di Malam Gala.

“Tahun lalu, keseluruha­n program ini berjaya mengumpul dana kira-kira RM500,000 yang mana digunakan oleh Yayasan ini untuk melaksanak­an aktiviti amal membantu masyarakat yang memerlukan.

“Terima kasih kepada semua, dan saya berharap sokongan ini akan berterusan tahun ini untuk kita mencapai sasaran dana yang sama atau lebih baik berbanding tahun lalu,” kata Al Hambra sambil menambah sasaran penyertaan untuk Malam Gala ialah 800 orang.

Penaja utama untuk program tahun ini ialah Hap Seng Consolidat­ed Berhad dan Teck Guan Group dan disokong oleh Affin Hwang Asset Management Berhad.

Penaja-penaja lain terdiri dari Sabah Enegery Corporatio­n Sdn Bhd, Momawater Sdn Bhd, Sound Tech Production Sdn Bhd, Beyond Ultron Sdn Bhd dan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd selaku penaja minuman rasmi 100Plus.

Turut hadir di sidang media kelmarin ialah timbalan ketua pegawai eksektif Sutera Harbour Resort; Gerard Tan, pengurus besar SHGCC Rick Blackie serta wakil badan korporat dan syarikat-syarikat penaja.

Mereka yang berminat boleh menghubung­i talian 088-303472 (Cornelia Tahing) atau email ke cornelia. esther@suteraharb­our.com. my sebelum tarikh tutup pada 2 Oktober.

 ??  ?? AL HAMBRA (tengah) bersama Gerard (depan empat kiri) dan para penaja selepas sidang media Kejohanan Golf Piala Amal Korporat Yang Di-Pertua Negeri 2017 di SHMGCC pada Isnin.
AL HAMBRA (tengah) bersama Gerard (depan empat kiri) dan para penaja selepas sidang media Kejohanan Golf Piala Amal Korporat Yang Di-Pertua Negeri 2017 di SHMGCC pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia