Utusan Borneo (Sabah)

Penyokong berkampung sejak malam Ahad untuk tiket final bola

-

SHAH ALAM:Stadium Shah Alam dibanjiri penyokong bola sepak tempatan yang berkampung sejak 10 malam Ahad, bagi mengelakka­n daripada kempunan mendapatka­n tiket perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Thailand malam ini.

Ribuan penyokong berbaris panjang walaupun kaunterkau­nter tiket hanya mula dibuka pada 11 pagi bagi memastikan tidak terlepas peluang menyaksika­n perlawanan bagi ibu segala pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu.

Mengikut kenyataan Sekretaria­t Kuala Lumpur 2017 tiket tidak dijual secara dalam talian di laman web 2017. Tiket untuk penyokong tuan rumah dijual di Stadium Shah Alam manakala tiket untuk penyokong Thailand dijual di Stadium Melawati.

Tinjauan Bernama di sini mendapati ada penyokong yang sanggup membawa beg tidur malah tikar untuk tidur di perkaranga­n stadium berkenaan malam Ahad.

Seorang penyokong, Hasani Hassan, 28, berkata dia bersama-sama sembilan rakannya tiba di stadium pada 2 pagi Isnin.

“Tidur di perkaranga­n stadium sudah biasa bagi kami, tidak kira hujan atau tidak, saya tetap mahu mendapatka­n tiket menyaksika­n perlawanan Malaysia pada final ini.

“Sebagai rakyat Malaysia sudah pastinya saya memberi sokongan padu walaupun terpaksa bersusah-payah berbaris panjang,” katanya kepada Bernama.

Seorang lagi penyokong, Badrul Hisham Abdullah, 25, berkata dia tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksika­n perlawanan akhir Malaysia dengan Thailand.

“Saya sanggup memandu kereta sejak awal pagi tadi dari Kuala Lumpur sematamata hendak membeli tiket perlawanan akhir Malaysia kerana difahamkan tiket tidak dijual secara dalam talian.

“Namun ia tidak menghalang saya untuk tidak menyaksika­n perlawanan akhir Malaysia dengan Thailand yang merupakan lawan yang mantap pada (pasukan) kita,” katanya.

Perlawanan dijadual bermula 8.45 malam.

Sebelum ini, venue bagi perlawanan akhir bola sepak lelaki itu dijadual berlangsun­g di Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya ia melibatkan pasukan negara beraksi di pentas akhir.

Pada Ahad, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan mengumumka­n Stadium Shah Alam dipilih sebagaiven­uebagiperl­awanan akhir bola sepak lelaki itu.

Malaysia mengesahka­n tempat di final selepas menundukka­n Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir pada Sabtu malam manakala Thailand turut mara setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Dalam pada itu, perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia menentang Myanmar akan diadakan di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang (MPS) pada 4.30 petang pada hari yang sama. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? PENYOKONG Malaysia gembira selepas berjaya memiliki tiket ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA KL2017 antara Malaysia dan Thailand malam ini di Stadium Shah Alam, di sini. Mereka datang awal pagi untuk mendapatka­n tiket.
- Gambar BERNAMA PENYOKONG Malaysia gembira selepas berjaya memiliki tiket ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA KL2017 antara Malaysia dan Thailand malam ini di Stadium Shah Alam, di sini. Mereka datang awal pagi untuk mendapatka­n tiket.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia