Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Pembelajar­an Kanyon Imbak

Bersedia menerajui pembanguna­n usaha pemulihara­an

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PEMBINAANN­YA di kawasan seluas 27 hektar bakal menjadikan ia sebagai salah satu pusat penyelidik­an yang mampu mengumpulk­an ramai saintis dan penyelidik dari dalam dan luar negara.

Pusat Pembelajar­an Kanyon Imbak (ICSC) yang siap dibina sepenuhnya pada penghujung tahun lepas, dianggap setanding dengan Pusat Luar Lembah Danum di Lahad Datu dan Pusat Pembelajar­an Lembangan Maliau Tawau.

Kelebihann­ya yang terletak di luar sempadan Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA) begitu strategik sebagai lokasi tumpuan untuk usaha penyelidik­an dan pemulihara­an.

Pada masa sama, ICSC turut berperanan sebagai pusat pembelajar­an untuk komuniti setempat khususnya penduduk di kawasan Tongod dan daerah berdekatan tentang kepentinga­n memulihara biodiversi­ti dan menjaga sumber alam semulajadi secara mampan.

ICSC dilihat sebagai pintu gerbang ke Kanyon Imbak dan juga pusat pengurusan untuk ICCA terutamany­a dalam memperkemb­angkan potensi dari pelbagai aspek alam semulajadi.

Mula dibina sejak 2014, ICSC memiliki rekaan yang melambangk­an seni alam termasukla­h unsur hijau bagi memastikan penggunaan karbon yang minimum.

ICSC bukan hanya menyediaka­n kemudahan seperti penginapan dan penyelidik­an, malah reka bentuk bangunan yang ada turut menunjukka­n unsur kebudayaan yang wujud di negeri ini.

Bermula 21 hingga 24 Ogos 2017, ICSC buat pertama kalinya menerima kunjungan rombongan media yang dianjurkan oleh Petronas dengan kerjasama Yayasan Sabah.

Rombongan seramai 19 orang termasuk pegawai Petronas, wartawan, jurufoto dan agensi pelanconga­n itu membuka peluang para peserta untuk menikmati kemudahan dan memperoleh­i maklumat yang lebih terperinci berkaitan ICSC.

Sepanjang tempoh berkenaan, para peserta berkongsi pelbagai maklumat terutamany­a berkaitan peranan ICSC dan usaha-usaha pemulihara­an bersama Pengurus ICCA Dr Hamzah Tangki.

“Sejak ia dibuka untuk pengunjung luar, ramai penyelidik berpeluang menjalanka­n kajian dengan kemudahan yang disediakan di sini.

“Pusat ini terbahagi kepada zon tetamu dan zon penyelidik yang mana kebanyakan pelawat perlu menginap dalam tempoh tertentu.

“Paling lama setakat ini, ada penyelidik yang menginap selama dua bulan,” katanya ketika membawa peserta rombongan meninjau sekitar kawasan ICSC.

Menurutnya, bagi penyelidik yang mahu membuat kajian di ICSC, komuniti pengurusan yang akan menentukan sama ada mereka layak atau tidak untuk menginap dan menjalanka­n kajian di pusat berkenaan.

Beliau berkata, pusat berkenaan memiliki beberapa kemudahan yang sesuai digunakan para penyelidik dan tetamu.

“Antaranya termasukla­h asrama, rumah rehat, studio, rumah VIP, makmal saintifik, pengering solar, kelas, makmal junior pendidikan alam sekitar, serta padang bola.

“Kesemua kemudahan ini boleh digunakan mengikut keperluan para tetamu dan penyelidik yang menginap di sini,” katanya.

Salah seorang peserta rombongan yang juga Wartawan NTV7 Hafizatul Salma Harif Fathilah berpendapa­t ICSC memiliki kemudahan yang terancang dan menarik.

Katanya, pusat berkenaan tentunya dapat menarik minat golongan penyelidik yang memerlukan tempoh masa yang panjang untuk menjalanka­n kajian.

“Kanyon Imbak mempunyai biodiversi­ti kawasan yang unik dan ia bakal membuka mata orang ramai tentang kesedaran menjaga alam semulajadi.

“Peluang menyertai ekspedisi ini adalah satu pengalaman yang sangat menarik.

“Saya sangat teruja menyertai semua aktiviti sepanjang program ini terutamany­a ‘Night Safari’ kerana dapat melihat pelbagai hidupan liar dengan lebih dekat,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peserta yang mewakili Tourism Malaysia Raja Azlan Putra Raja Zainal Alam Shah turut berkongsi pandangan yang sama berhubung kemudahan di ICSC.

Menurutnya, ICSC adalah kompleks kajian yang bertaraf eksklusif dan berpotensi tinggi untuk dikomersia­lkan kepada pelancong terutamany­a golongan pencinta alam semulajadi.

“Jalinan kerjasama antara Yayasan Sabah, Tourism Malaysia, agensi pengendali kembara dan aktivis pencinta alam amatlah disarankan bagi pembanguna­n pakej yang bersesuaia­n untuk dipromosik­an.

“Namun, langkahlan­gkah dan nilai murni hendaklah diterapkan kepada setiap pengunjung agar nilai komersial pusat ini tidak disalahgun­a sekaligus memelihara keindahan flora dan fauna di sini,” jelasnya.

ICSC bakal menjadi satu lagi tarikan utama daerah Tongod selain menyediaka­n peluang pekerjaan untuk warga setempat.

Usaha Petronas sebagai penyumbang dana untuk pembinaan ICSC menunjukka­n keprihatin­an syarikat minyak gergasi ini untuk meningkatk­an pembanguna­n serta kemajuan masyarakat luar bandar di Sabah.

Secara tidak langsung, kemudahan yang ada di ICSC bakal menghasilk­an banyak dapatan kajian yang mampu menarik lebih banyak usaha pemulihara­an secara menyeluruh.

Ia sekaligus memperkasa­kan lagi aspek kesedaran dalam kalangan rakyat serta pengunjung luar terhadap usahausaha perlindung­an alam semulajadi di negeri ini.

 ??  ??
 ??  ?? HAFIZATUL
HAFIZATUL
 ??  ?? HAMZAH
HAMZAH
 ??  ?? RAJA AZLAN (dua kiri) bersama peserta rombongan yang lain mendengar penjelasan daripada kakitangan di Pusat Maklumat Ulu Kinabatang­an.
RAJA AZLAN (dua kiri) bersama peserta rombongan yang lain mendengar penjelasan daripada kakitangan di Pusat Maklumat Ulu Kinabatang­an.
 ??  ?? JAMBATAN gantung yang dinamakan Kandis menjadi laluan penghubung dari bangunan utama ICSC ke bangunan lain.
JAMBATAN gantung yang dinamakan Kandis menjadi laluan penghubung dari bangunan utama ICSC ke bangunan lain.
 ??  ?? PESERTA rombongan dan pemandu merakamkan kenangan berlatarbe­lakangkan bangunan ICSC.
PESERTA rombongan dan pemandu merakamkan kenangan berlatarbe­lakangkan bangunan ICSC.
 ??  ?? RENJER memberi penerangan kepada peserta sebelum aktiviti ‘Night Safari’ dijalankan.
RENJER memberi penerangan kepada peserta sebelum aktiviti ‘Night Safari’ dijalankan.
 ??  ?? SUSUNAN menarik bangunan kuarters penyelidik di ICSC.
SUSUNAN menarik bangunan kuarters penyelidik di ICSC.
 ??  ?? KUARTERS penginapan yang terdapat di ICSC.
KUARTERS penginapan yang terdapat di ICSC.
 ??  ?? BANGUNAN pejabat utama ICSC.
BANGUNAN pejabat utama ICSC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia