Utusan Borneo (Sabah)

Kendrick Lamar menang besar, Taylor Swift curi tumpuan

Swift kutuk pengkritik walaupun tidak hadir

-

PENYANYI rap Kendrick Lamar dan Ed Sheeran memenangi hadiah-hadiah utama di Anugerah Muzik Video MTV (VMA) pada Ahad lepas, tetapi pertunjuka­n itu didominasi oleh Taylor Swift yang tidak hadir dan penerima penghormat­an pencapaian sepanjang hayat Pink.

Swift dengan marah menentang pengkritik­nya dalam tayangan perdana dunia bagi video muzik untuk single solo pertamanya sejak tiga tahun lalu, ‘Look What You Made Me Do’.

Video muzik satira menggambar­kan Swift, 27 tahun, merangkak keluar dari kubur dan mengisytih­arkan dirinya yang lama sudah mati dalam nukilan seorang artis yang lantang bersuara tanpa takut apa-apa, menarik lebih 470,000 tontonan di Youtube dalam masa sejam selepas ia mengadakan tayangan perdana.

Lamar, yang memulakan acara Ahad lepas di Los Angeles dengan lapan pencalonan yang mendahului artis lain, memulakan pertunjuka­n dengan lagu-lagu medley yang memaparkan penari berkenaan sedang terbakar.

Penyanyi rap dari California itu pulang dengan enam anugerah, termasuk anugerah utama bagi video terbaik dan video hip hop terbaik untuk ‘Humble’.

Sheeran, penyanyi-penulis lagu British, dipilih sebagai artis terbaik.

Walaupun berhari-hari spekulasi hangat berkisar, Swift sendiri tidak hadir, walaupun dia memenangi satusatuny­a kategori di mana dia dicalonkan – kolaborasi terbaik untuk ‘I Don’t Wanna Live Forever’ dengan Zayn Malik.

Walau bagaimanap­un, video baharunya pantas menjadi salah satu momen paling disebut-sebut dalam program itu, umumnya membayangi persembaha­n oleh artis seperti Sheeran, Fifth Harmony dan Lorde.

Video itu berakhir dengan Swift menghidupk­an semula semua persona dalam karier muziknya – dari remaja berusia 16 tahun yang kekok dan bermain gitar kepada pemenang Grammy yang tenang – dan membuat mereka menegur satu sama lain sebagai palsu, berpurapur­a untuk bersikap baik dan menjadi mangsa.

Mengacara pertunjuka­n VMA adalah seteru lama Swift, Katy Perry, yang membuat penampilan dari siling dengan memakai sut angkasa dan menamatkan acara tiga jam itu dengan satu persembaha­n bagi lagu single ‘Swish Swish’ bersama Nicki Minaj.

Pink, pemenang Anugerah Vanguard 2017, memberi ucapan mengenai kecantikan dan penerimaan yang ditujukan kepada anak perempuann­ya yang berusia enam tahun, Willow, yang duduk dalam audiens, dan membuat ramai orang menitiskan air mata.

“Gadis sayang, kita tidak berubah,” kata penyanyi itu. “K ita ambil kerikil dan cangkerang dan kita buat mutiara, dan kita bantu orang lain untuk berubah supaya mereka dapat melihat jenis kecantikan lain.”

— Reuters

 ??  ??
 ??  ?? LOGIC TAYLOR SWIFT
LOGIC TAYLOR SWIFT
 ??  ??
 ??  ?? KENDRICK LAMAR
KENDRICK LAMAR
 ??  ?? PINK
PINK
 ??  ?? KHALID
KHALID
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia