Utusan Borneo (Sabah)

Mengaku salah memiliki dadah, wanita ketahui nasib 11 Sept

Mengaku salah memiliki dadah seberat 56.43 gram

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menetapkan pada 11 September untuk jatuh hukum terhadap seorang wanita yang didakwa memiliki dadah seberat 56.43 gram.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arsad membuat keputusan itu terhadap Rubiah Lahani Abdul Rahman, 33, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif.

Tertuduh didapati memiliki dadah jenis Methamphet­amine berkenaan pada 17 Mei tahun lalu jam 4.10 petang, di restoran makanan segera KFC, Kompleks Karamunsin­g, di sini.

Ataspertud­uhanitu,Rubiah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara minimum lima tahun atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada sepuluh sebatan.

Terdahulu, peguam Hairul V. Othman memohon masa selama dua minggu untuk memfailkan hujahan rayuannya.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun tidak menyatakan bantahan.

Sebelum ini, tertuduh berhadapan dengan hukuman gantung mandatori mengikut Seksyen 39B (1) (a) akta sama, atas pertuduhan mengedar dadah.

Mengikut fakta kes, pada 17 Mei tahun lalu jam 4.10 petang, sepasukan polis membuat pemantauan terhadap tertuduh, bersama seorang lelaki bernama Fersun Andilson.

Tertuduh yang memegang plastik berwarna hijau berjalan bersama Fersun ke Kompleks Karamunsin­g.

Setelah seorang pegawai polis memperkena­lkan dirinya kepada tertuduh, tertuduh bersama Fersun bertindak melarikan diri ke restoran makanan segera KFC berdekatan, namun mereka berjaya ditangkap.

Pegawai polis berkenaan memeriksa plastik berkenaan di hadapan tertuduh, dan menjumpai plastik berwarna biru mengandung­i lima balutan tisu.

Setiap tisu berkenaan mengandung­i paket plastik lut sinar yang dipercayai mengandung­i dadah.

Berdasarka­n maklumat, pegawai polis meminta tertuduh menghubung­i seseorang yang bernama Nurhaya Sadiri untuk berjumpa dengannya.

Tidak lama kemudian, pihak polis berjaya menangkap Nurhaya dan Mussah Sani di dalam sebuah kereta di kawasan parkir hadapan Kompleks Karamunsin­g.

Pemeriksaa­n fizikal yang dilakukan kepada Nurhaya dan Mussah mendapati tidak menjumpai apa-apa bahan yang melanggar peraturan.

Bahan bukti dan empat individu berkenaan diserahkan kepada pegawai penyiasat pada hari sama, kira-kira jam 8.15 malam untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Hasil laporan kimia yang dilakukan menunjukka­n jumlah berat dadah berkenaan 56.43 gram jenis Methamphet­amine.

Sementara itu, tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

“Tertuduh didapati memiliki dadah jenis Methamphet­amine berkenaan pada 17 Mei tahun lalu jam 4.10 petang, di restoran makanan segera KFC, Kompleks Karamunsin­g, di sini. ”

 ??  ?? RUBIAH (kiri) menangis ketika keluar dari kamar mahkamah. Turut kelihatan Hairul (dua kanan).
RUBIAH (kiri) menangis ketika keluar dari kamar mahkamah. Turut kelihatan Hairul (dua kanan).
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia