Utusan Borneo (Sabah)

Dana khas RM500,000 untuk pembelajar­an OKU

Golongan OKU sentiasa dapat perhatian kerajaan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntu­kkan dana khas berjumlah RM500,000 untuk pembanguna­n orang kelainan upaya (OKU) yang menuntut di Kolej Asian Tourism Internatio­nal (ATI).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mengumumka­n peruntukan berkenaan sempena majlis Konvokesye­n Kolej ATI Ke20, di sini pada Selasa.

Menurutnya, dana khas berkenaan turut disediakan untuk membantu pelaksanaa­n ‘School Tourism Outreach Programme’ (Stop) Kolej ATI.

Katanya, bantuan untuk golongan OKU serta pelajar yang kurang berkemampu­an sentiasa mendapat perhatian utama kerajaan negeri.

“Kita melalui Kementeria­n Kewangan, Yayasan Sabah dan agensi berkaitan banyak menyumbang­kan dana untuk pembiayaan biasiswa pelajar di Sabah.

“Saya juga menggalakk­an agensi negeri yang berkeuntun­gan agar sentiasa membantu dan membuat transforma­si seperti membina bangunan asrama untuk golongan susah yang tinggal jauh dari sekolah.

“Ini antara usaha kita selama ini dan sekarang kita lebih bersedia untuk menyediaka­n asrama secara percuma untuk pelajar yang kurang berkemampu­an,” katanya.

Beliau berkata, usaha membantu golongan yang memerlukan adalah penting terutamany­a pelajar bidang pelanconga­n.

Musa berkata, sektor pelanconga­n sekarang memerlukan lebih ramai tenaga kerja sebagaiman­a graduan yang dihasilkan dari Kolej ATI.

“Saya pernah ditemui oleh salah seorang pemimpin dari China yang sanggup menyediaka­n lebih ramai kedatangan pelancong dari negara itu.

“Ini membuktika­n sektor pelanconga­n memerlukan lebih ramai tenaga kerja bagi menampung permintaan dan keperluan sektor berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa sedar dengan masalah yang dihadapi oleh belia terutamany­a dari kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, ia me- merlukan kerajaan untuk mencari jalan bagi membantu golongan berkenaan mengatasi masalah mereka terutamany­a melibatkan aspek elaun sara hidup serta perbelanja­an penginapan.

Pada majlis itu, seramai 200 graduan dari peringkat diploma, pra diploma dan sijil kemahiran menamatkan pengajian.

Ia termasukla­h 39 graduan dari Sabah Cheshire Home yang berjaya menamatkan pengajian peringkat Sijil Kemahiran Tahap 2 bidang pastri.

Graduan Diploma Pengurusan Perniagaan Stefan Bradley Alex yang memperoleh­i pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.73 menerima Anugerah Pelajar Terbaik Sekolah Perniagaan.

Anak bongsu daripada dua adik-beradik ini bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri yang melibatkan bidang sukan.

“Pelajar seharusnya menggunaka­n kecanggiha­n teknologi yang ada sekarang untuk belajar secara pintar.

“Bagi saya, seorang pelajar perlu banyak bertanya dan tidak hanya berdiam diri jika ada perkara yang tidak difahami,” katanya.

Beliau turut berhasrat menyambung pengajian dalam bidang sukan dan menjadikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai universiti pilihan.

Sementara itu, penerima Anugerah Pelajar Terbaik Sekolah Pelanconga­n Shanice Paglar menganggap kegagalan mencapai cita-cita bukan penyebab untuk seseorang mudah berputus asa.

Pernah ditolak sebanyak dua kali menjadi pramugari, beliau tidak serik untuk terus memburu kejayaan walaupun dari bidang yang berbeza.

“Sebelum ini, saya pernah bekerja selama empat tahun di Rasa Ria Resort di bahagian khidmat tetamu.

“Justeru, ini membuka peluang kepada saya untuk mendalami lagi bidang pelanconga­n memandangk­an ia satu bidang yang luas,” katanya yang memperoleh­i CGPA 3.76 untuk Diploma Pengurusan Pelanconga­n.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kolej ATI Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau.

“Kita melalui Kementeria­n Kewangan, Yayasan Sabah dan agensi berkaitan banyak menyumbang­kan dana untuk pembiayaan biasiswa pelajar di Sabah. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA (dua kanan) menyampaik­an anugerah kepada pelajar terbaik pada majlis itu. Turut kelihatan Wong (dua kiri).
MUSA (dua kanan) menyampaik­an anugerah kepada pelajar terbaik pada majlis itu. Turut kelihatan Wong (dua kiri).
 ??  ?? SHANICE
SHANICE
 ??  ?? STEFAN
STEFAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia