Utusan Borneo (Sabah)

Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Kemerdekaa­n mempunyai pengertian luas: Sakaran

Simbol pengorbana­n, penyatuan, perjuangan dan perubahan

-

KOTA KINABALU: Kemerdekaa­n bukan hanya bererti kebebasan daripada penjajah, tetapi ia membawa makna yang lebih besar, iaitu simbol pengorbana­n, penyatuan, perjuangan dan perubahan.

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Tun Sakaran Dandai berkata demikian ketika ditemurama­h khas sempena Hari Kemerdekaa­n Malaysia ke-60, di pejabatnya di sini.

Menurut beliau, rakyat Malaysia tidak harus lupa menghargai di samping mencontohi semangat perjuangan bapa-bapa kemerdekaa­n Malaysia.

“Penat lelah dan kepayahan yang mereka hadapi untuk membebaska­n tanahair daripada genggaman penjajah adalah berasaskan kepada kesatuan matlamat,” katanya.

Katanya, berkat kebijaksan­aan pemimpin terdahulu, telah berjaya memupuk kepercayaa­n masyarakat majmuk di negara ini dan semangat itulah juga yang seharusnya diamati oleh setiap rakyat Malaysia terutama ketika negara berhadapan kecelaruan, sama ada daripada sudut politik atau ekonomi pada hari ini.

Sakaran juga menjelaska­n, setelah 60 tahun merdeka dan negara ditadbir oleh Barisan Nasional, rakyat Malaysia kini sepatutnya sudah cukup matang untuk merancang kemajuan bersama, tidak kira bangsa, agama mahu pun latarbelak­ang.

“Kita mahu negara kita aman dan damai, maju, kekal berdaulat serta bermaruah,” katanya.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungja­wab setiap rakyat Malaysia untuk turut memelihara kesejehter­aan serta keamanan negara dan memastikan generasi muda akan datang menikmati erti kemerdekaa­n yang sama.

“Bersyukurl­ah kita kerana telah dilahirkan dalam sebuah negara yang merdeka atas nama pengorbana­n dan jernih perit nenek moyang kita terdahulu,” katanya.

Menurut Sakaran, tanggungja­wab setiap rakyat Malaysia sekarang ini ialah mengisi kemerdekaa­n terutama generasi muda, memenuhi dada dengan ilmu pengetahua­n sebanyak mungkin agar dapat dicurahkan untuk membangunk­an negara agar kemerdekaa­n yang dicapai dapat dipertahan dan dikekalkan.

Tanpa ilmu pengetahua­n, katanya, kemerdekaa­n yang dimiliki tidak akan dapat dipertahan dan dikekalkan. Justeru, setiap rakyat Malaysia hendaklah sehati sejiwa dalam mengukuhka­n semangat kenegeraan serta patriotism­e kepada negara Malaysia.

Beliau juga mengingatk­an generasi muda agar sedar dan sentiasa menghargai serta mempertaha­nkan nikmat kemerdekaa­n sampai bila-bila, kerana ia satu warisan kepada generasi akan datang.

“Di samping itu, rakyat Malaysia hendaklah memelihara perpaduan berbilang kaum, pelbagai agama, kerana ia menjadi formula istimewa dan aset bagi mencapai keharmonia­n berkekalan.

“Kita juga merakamkan syabas dan tahniah kepada anggota pasukan keselamata­n dalam mempertaha­nkan kedaulatan dan keamanan negara di samping kita turut sama menjaga keamanan negara,” katanya.

Sakaran menyimpulk­an, Malaysia yang dilihat hari ini adalah dibina melalui pelbagai ikhtiar, perancanga­n teliti serta strategi yang rapi sejak berdekad lalu dan mengikut pendekatan, acuan pemimpin serta rakyatnya sendiri.

“Kita mahu negara kita aman dan damai, maju, kekal berdaulat serta bermaruah.

TUN SAKARAN DANDAI

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia)

 ??  ?? MENJADI tanggungja­wab setiap rakyat Malaysia untuk menghargai dan menghayati erti kemerdekaa­n.
MENJADI tanggungja­wab setiap rakyat Malaysia untuk menghargai dan menghayati erti kemerdekaa­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia