Utusan Borneo (Sabah)

Dua pusat pemindahan ditutup, mangsa banjir dibenar pulang

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dua pusat pemindahan mangsa banjirditu­tupmasing-masing jam 11 pagi sehingga 1 petang Selasa berikutan keadaan banjir yang semakin surut di kawasan berkenaan.

TimbalanPe­ngarahAngk­atan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata kedua-dua pusat pemindahan itu ialah Dewan Terbuka Labut 2, Tenom dan Dewan Serbaguna Sipitang.

“Dewan Terbuka Labut 2 Tenom ditutup secara rasminya pada jam 11 pagi manakala pusat pemindahan Sipitang ditutup jam 1 petang selepas diarahkan oleh pegawai daerah.

“Kesemua mangsa dihantar pulangmeng­gunakanken­deraan dari agensi keselamata­n termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM serta Jabatan BombadanPe­nyelamatMa­laysia (JBPM) selain inisiatif daripada kenderaan persendiri­an milik penduduk kampung,” katanya semasa dihubungi di sini.

Tambahnya, 181 mangsa daripada 55 keluarga yang dipindahka­n dari Kampung Mesapol Lama, Naluyan, Babangkong, Mesapol, Kelamauh dan Lalang juga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, dan keadaan cuaca di lokasi terbabit dilaporkan dalam keadaan baik.

“Walaupun keadaan cuaca semakin baik dan banjir semakin pulih, anggota di daerah terjejas kini masih dalam mod bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kecemasan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, hujan lebat yangturunb­ermulakira-kirajam 4 petang Selasa menyebabka­n beberapa kawasan terutamany­a Telipok menghala ke Tuaran digenangi banjir kilat.

Banjir kilat sedalam kira-kira 0.6 meter menyebabka­n laluan terutamany­a di Jalan Tuaran menghala ke Pekan Tuaran menjadi sesak akibat kegagalan pergerakan kenderaan kecil meredah air banjir dengan lancar.

Keadaan hujan yang berterusan juga menyebabka­n Pekan Tuaran digenangi air pada paras buku lali. Bagaimanap­un, ia tidak membawa kerosakan teruk kepada hasil jualan di kedai serta premis perniagaan yang terdapat di kawasan berkenaan.

Banjir kilat bagaimanap­un dilaporkan semakin surut selepas jam 6 petang terutamany­a di kawasan Pekan Tuaran.

 ??  ?? terjejas banjir bersiap balik ke rumah masing-masing sebaik pusat pemindahan banjir di Dewan Serbaguna Sipitang ditutup jam 1 petang Selasa.
terjejas banjir bersiap balik ke rumah masing-masing sebaik pusat pemindahan banjir di Dewan Serbaguna Sipitang ditutup jam 1 petang Selasa.
 ??  ?? LALU lintas perlahan di Jalan Tuaran akibat banjir kilat di kawasan berkenaan.
LALU lintas perlahan di Jalan Tuaran akibat banjir kilat di kawasan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia