Utusan Borneo (Sabah)

TAMBAH PESAWAT

Saranan kepada MASwings untuk tambahbaik perkhidmat­an di Sabah, S’wak

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Memasuki tahun ke-10 MASWings beroperasi di Sabah dan Sarawak, MASwings diminta menambahbi­langanpesa­wat sedia ada bagi memastikan isu pembatalan penerbanga­n tidak lagi timbul.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata langkah menambah bilangan pesawat sedia ada perlu bagi memperbaik­i lagi perkhidmat­an MASwings di kedua-dua negeri ini.

“Saya difahamkan apabila ada satu pesawat mengalami kerosakan sukar untuk diganti dengan pesawat lain kerana MASwings hanya mempunyai 10 pesawat untuk beroperasi di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika ditanya mengenai penambahba­ikan yang perlu dilakukan MASwings.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Tanda Negaraku (Negaraku Livery) pada pesawat MASwings, di sini pada Selasa.

Beliau berkata walau sepanjang MASwings beroperasi ini terdapat beberapa perkara boleh ditambahba­ik namun secara keseluruha­nnya Kerajaan Negeri berpuas hati dengan perkhidmat­an yang diberikan.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyaranka­n MASwings supaya meletakkan operasi mereka pada tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. “Memandangk­an MASwings sudah beroperasi selama sedekad, saya percaya MASwings melihat keperluan untuk meletakkan operasi mereka ke tahap seterusnya.

“MASWings perlu menawarkan perkhidmat­an yang jauh lebih baik. Namun saya percaya dengan kekuatan pasukan pengurusan MASwings, kita akan melihat syarikat penerbanga­n ini berada jauh ke hadapan,” katanya dalam teks ucapan yang disampaika­n oleh Masidi.

Musa berkata pelancaran pesawat yang dilengkapi dengan lambang Negaraku itu akan membantu menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Aminuddin Zakaria berkata usaha meletakkan tanda Negaraku pada pesawat MASwings itu adalah kesinambun­gan komitmen syarikat terhadap program Ekspresi Negaraku pada Mei lalu.

Inisiatif yang diilhamkan Perdana Menteri bagi menyemai semangat patriotism­e di seluruh negara itu diteruskan pada kali ini dengan meletakkan lambang Jalur Gemilang pada salah sebuah pesawat MASwings.

“Kami di MASwings juga akan terus berusaha menyelesai­kan segala permasalah­an yang berlaku bagi membantu kami untuk lebih maju ke hadapan termasukla­h dalam aspek keselamata­n dan kualiti perkhidmat­an,” katanya.

 ??  ?? MASIDI (tujuh kanan) bersama Aminuddin (sepuluh kanan) dan Pengerusi Kumpulan Penerbanga­n Malaysia Tan Sri Md Nor Mohd Yusof (lapan kanan) bergambar bersama tetamu jemputan dan kakitangan MASwings semasa pelancaran itu.
MASIDI (tujuh kanan) bersama Aminuddin (sepuluh kanan) dan Pengerusi Kumpulan Penerbanga­n Malaysia Tan Sri Md Nor Mohd Yusof (lapan kanan) bergambar bersama tetamu jemputan dan kakitangan MASwings semasa pelancaran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia