Utusan Borneo (Sabah)

YPLJ bantu pelajar memerlukan

-

KUALA PENYU: Sebaik sahaja memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, Limus Jury (gambar) membuat kejutan bahawa beliau akan mendermaka­n semua elaun yang akan diterima sebagai wakil rakyat.

Derma itu sebenarnya disalurkan ke Yayasan Pendidikan Limus Jury (YPLJ), sebuah badan tidak berasaskan keuntungan yang diasaskan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu sendiri, sebelum diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

Objektif utama YPLJ adalah menyediaka­n bantuan kewangan kepada pelajar memerlukan di kawasan Kuala Penyu, tanpa mengira kecenderun­gan politik ibu bapa atau latar belakang agama.

Yayasan itu mula beroperasi seminggu selepas beliau memenangi PRU itu dan memberi bantuan kewangan kepada 18 pelajar miskin pada masa itu.

Sejak dari itu, Limus bekerja keras untuk mencari dana bagi merealisas­ikan objektif yayasan itu yang didaftarka­n secara rasmi dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) pada 22 April 2015.

“Saya sangat berterima kasih kepada individu dan organisasi yang menyokong usaha YPLJ, juga kepada Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) dan BN negeri yang memberi peluang kepada saya memberi khidmat kepada rakyat di Kuala Penyu,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Anggota Majlis Tertinggi UPKO itu berkata sehingga Julai tahun ini, seramai 512 pelajar dari sekolah menengah hingga institusi pengajian tinggi, menerima bantuan kewangan dan lain-lain bantuan daripada YPLJ.

Pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mereka juga diberikan insentif khas menerusi Anugerah Pelajar Cemerlang YPLJ.

Selain itu, ADUN berusia 55 tahun yang berasal dari Kampung Melampai, Kuala Penyu juga memberi perhatian serius dalam meningkatk­an keperluan sosial dan insfrastru­ktur untuk rakyat di kawasan itu.

“Seperti mana daerah terpencil yang lain, penduduk Kuala Penyu juga masih memerlukan kemudahan infrastruk­tur yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan elektrik, air bersih dan dewan komuniti.

“Meskipun demikian, saya harus katakan bahawa Kuala Penyu mempunyai masa depan yang baik, khususnya dari segi potensi pelanconga­n. Daerah ini mempunyai pantai yang bersih dan indah serta tumbuh- tumbuhan yang tidak diusik,” katanya. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia