Utusan Borneo (Sabah)

Tertuduh adu alami masalah pendengara­n, proses pendakwaan ditangguhk­an

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Mahkamah Majistret memerintah­kan proses pendakwaan terhadap lelaki warga emas yang didakwa membuang bayi (janin) perempuan, di Batu 3 Jalan Apas, minggu lepas, akan disebut semula pada 18 September.

Keputusan itu mengambilk­ira faktor tertuduh, Sambaliong Saijuan, 75, yang mengadu mempunyai masalah pendengara­n dan tidak mendengar butiran pertuduhan dibacakan.

Majistret Muhammad Faizal Che Saad turut menawarkan jaminan RM2, 500 dengan dua orang penjamin warga tempatan kepada tertuduh serta memintanya melantik peguam.

Sambaliong didakwa membuang bayi (janin) perempuan iaitu anak kepada Reka Parari, 32, berhampira­n Restoran Tawau Mee Tauhu, Batu 3 Jalan Apas pada 25 Ogos lepas.

Berikutan itu tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembuny­ikan kelahiran.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh mencapai sehingga dua tahun atau dengan denda, atau keduaduany­a sekali.

Terdahulu, proses pendakwaan di mahkamah tidak dapat diteruskan sebanyak dua kali, kira-kira jam 12.30 tengahari dan jam 3 petang akibat masalah pendengara­n tertuduh.

Pada sebelah tengahari, jurubahasa membacakan pertuduhan dalam Bahasa Melayu namun Sambaliong mendakwa tidak mendengar butiran pertuduhan yang dibacakan.

Sebaik bersambung pada sebelah petang, tertuduh sekali lagi mengemukak­an alasan tidak dapat mendengar dengan jelas semasa ditanya di dalam Bahasa Melayu dan Bajau.

Sekalipun menggunaka­n alat bantu dengar, lelaki warga emas itu mengatakan hanya bunyi bising seperti enjin motosikal yang dapat didengarin­ya menerusi alat terbabit.

Sekaligus mahkamah terpaksa memanggil adik ipar tertuduh untuk pemberitah­uan penangguha­n proses pendakwaan, penawaran jaminan dan arahan melantik peguam.

Pendakwaan kes berkenaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa ASP Nur Intan Jamrin.

Dalam perkembang­an berkaitan, Reka yang tidak memiliki keterangan diri, diserahkan kepada Jabatan Imigresen, selepas menjalani rawatan akibat keguguran.

 ??  ?? SAMBALIONG diiringi oleh anggota polis selepas mahkamah memutuskan proses pendakwaan akan disebut semula pada 18 September.
SAMBALIONG diiringi oleh anggota polis selepas mahkamah memutuskan proses pendakwaan akan disebut semula pada 18 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia