Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Indonesia layak mohon KMILN

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Kira-kira 500,000 warga Indonesia yang bekerja dan bermastaut­in di Sabah layak memohon Kartu Masyarakat Indonesia Di Luar Negeri (KMILN) yang akan dilaksanak­an tidak lama lagi.

Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu (KJRI) Akhmad DH Irfan (gambar) berkata kad KMILN itu boleh digunakan sebagai pengganti dokumen pengenalan dan warga Indonesia hanya perlu membawanya jika pergi ke mana-mana.

Bagaimanan­pun, beliau berkata KMILN itu hanya akan diberikan selepas pihaknya memaklumka­n kepada pihak Imigresen, PDRM, Rela dan sebagainya supaya tidak timbul salah faham.

Katanya, masyarakat Indonesia di luar negeri yang memenuhi per- syaratan tertentu boleh memiliki KMILN.

“Pemegang kad KMILN boleh mendapat kemudahan seperti membuka akaun bank, memiliki hartanah di Indonesia dan mendirikan badan usaha di Indonesia selaras dengan ketentuan peraturan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di pejabatnya di KJRI Kota Kinabalu, tengahari Selasa.

Hadir sama dalam pertemuan itu ialah Konsul Fungsi Konsuler untuk Urusan Perlindung­an Warganegar­a, Jasa Kekonsuler­an, Tenaga Kerja, Imigrasi dan Protokol, Hadi Syariffudd­in, Konsul Fungsi Sosial Budaya Cahyono Rustam dan Konsul Ekonomi Hendro Retno Wulan.

Irfan juga memaklumka­n mengenai lawatan Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia Rusdi Kirana ke Kota Kinabalu.

Beliau berharap lawatan Duta Besar RI yang baharu dilantik itu akan memperkuku­hkan lagi hubungan silaturahi­m antara Malaysia dan Indonesia.

Beliau juga berharap lawatan itu akan membuka jalan untuk merealisas­ikan harapan serta impian rakyat agar penerbanga­n terus dari Kota Kinabalu ke Jakarta dapat diteruskan.

Selain itu, Irfan juga memberitah­u mengenai kunjungan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia Muhadjir Effendy ke Sabah. Keduadua lawatan itu dijadualka­n pada September depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia