Utusan Borneo (Sabah)

UMS-UTM terima dana RM1 juta Geran KPT untuk Projek Rumah Komuniti Tawau

-

TAWAU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengankerj­asamaUnive­rsiti Teknologi Malaysia (UTM) akan membangunk­an Projek Rumah Komuniti Parlimen Tawau melalui sistem Interlocki­ng Brick Constructi­on (IBC).

Ketua projek bersama, Prof Ir Dr Abdul Karim Mirasa berkata Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) menganuger­ahkan geran Program Penyelidik­an Translatio­nal sebanyak RM1 juta kepada UMS dan UTM bagi tujuan itu.

“Sebuah mesin pembuatan batu bata IBC juga akan ditempatka­n di Kampus UMS Kota Kinabalu untuk projek pembinaan rumah komuniti ini selain sebagai usaha penyelidik­an berterusan bagi memperting­katkan kaedah pembinaan yang lebih efisien,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, projek Penyelidik­an Translatio­nal dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu adalah berkonsepk­an Sistem Bangunan Industri (IBS).

“Antara kebaikan menggunaka­n sistem ini adalah cepat dibina, senang dipasang, lebih kuat dan kosnya yang kompetitif.

“Sebanyak lapan rumah komuniti di kawasan terpilih daerah Tawau akan dibina menggunaka­n sistem IBS yang turut melibatkan bantuan teknikal industri, Politeknik Tawau dan Kolej Komuniti Tawau,” jelas.

Menyentuh IBC, Abdul Karim berkata ia merupakan revolusi baharu dalam pembinaan yang menyaksika­n batu bata dihasilkan menggunaka­n kaedah tekanan mesin menggantik­an kaedah pembakaran sekali gus menghasilk­an batu bata yang lebih kuat dan dimensi yang lebih tepat.

“Kaedah ini telah lama digunakan di Eropah dan di negara maju yang lain.

“Selaras dengan teknologi hijau yang mendukung kelestaria­n alam sekitar, kita juga akan menggunaka­n hasil inovasi penyelidik FKJ UMS iaitu Ultrafine Palm Oil Fuel Ash dan bahan buangan kuari sebagai sebahagian bahan campuran selain dari simen, pasir dan tanah liat,” katanya.

Majlis pecah tanah Projek Rumah Komuniti Parlimen Tawau berlangsun­g di Balung Tawau dengan disempurna­kan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi KPT Datuk Dr Mary Yap Kain Ching selaku Ahli Parlimen Tawau.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS Prof Dr Shahril Yusof.

“Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) menganuger­ahkan geran Program Penyelidik­an Translatio­nal sebanyak RM1 juta kepada UMS dan UTM bagi tujuan itu. Sebuah mesin pembuatan batu bata IBC juga akan ditempatka­n di Kampus UMS Kota Kinabalu untuk projek pembinaan rumah komuniti ini selain sebagai usaha penyelidik­an berterusan bagi memperting­katkan kaedah pembinaan ” yang lebih efisien. PROF IR DR ABDUL KARIM MIRASA Ketua projek bersama

 ??  ?? MARY (tengah) menyempurn­akan gimik pecah tanah. Turut kelihatan Shahril (dua kanan).
MARY (tengah) menyempurn­akan gimik pecah tanah. Turut kelihatan Shahril (dua kanan).
 ??  ?? SHAHRIL memberi penerangan mengenai sistem IBC kepada Mary.
SHAHRIL memberi penerangan mengenai sistem IBC kepada Mary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia