Utusan Borneo (Sabah)

Liow Tiong Lai, watak utama dalam ‘Citizens’

-

KUALA LUMPUR:Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai muncul watak utama dalam video pendek dihasilkan oleh penerbit berbakat Pete Teo dan Liew Seng Tat menerusi projek baharu mereka berjudul “Citizens” diterbitka­n sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Dalam video berdurasi lima minit itu disiarkan di Youtube Selasa, Liow memainkan dua peranan sebagai seorang menteri dan seorang rakyat berbicara satu sama lain tentang semangat pembinaan bangsa.

Teo dalam satu kenyataan disiarkan di Facebook “Citizens” Jumaat lepas berkata filem itu mencermink­an suasana negara ketika ini.

“Sebagai pembikin filem Cina Malaysia, kami terdorong untuk memaparkan kebimbanga­n masyarakat Cina.

“Oleh itu ia mengandung­i perasaan marah, kecewa dan konflik, namun ia mesti mengisi harapan – kerana kita sekarang bukan tanpa harapan – jadi filem ini mesti juga menyatukan kita dalam satu harapan merentasi spektrum politik,” kata beliau.

Beliau berkata isu lain yang disentuh oleh filem itu ialah keragaman identiti.

“Dalam era di mana imej hyperreal seseorang boleh dijadikan ikon dengan sentuhan butang di Instagram, adalah mudah untuk melupakan bahawa kita semua mempunyai identiti pelbagai dalam kehidupan sebenar.

“Jadi setiap orang adalah rakyat biasa yang punya perasaan marah, seorang selebriti sosial media yang ceria dan penaruh impian rahsia, semuanya dalam satu masa,” kata beliau.

Menyentuh tentang Liow berlakon dalam filem itu, beliau berkata, “Oleh kerana ini adalah filem politik yang mesti dilakonkan oleh seorang ahli politik semasa, perwatakan kita mestilah pada masa serentak seorang menteri, seorang rakyat, orang biasa, suami dan kekasih.

“Dalam erti kata lain, beliau mestilah tidak bersifat stereotype tetapi seorang manusia seperti kita semua”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia