Utusan Borneo (Sabah)

Zahirkan rasa cinta negara

Konvoi Kembara Merdeka Negaraku di pantai barat utara

-

KONVOI Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017 yang menjelajah selama empat hari ke Bahagian pantai barat utara (PBU) disambut meriah oleh masyarakat setempat.

Majlis perasmian dan pelepasan bagi jelajah Daerah Kudat disempurna­kan Pegawai Daerah Sapdin Ibrahim di Dataran Tomburungg­u.

Pelepasan dilakukan sebaik sahaja selesai acara penyerahan Jalur Gemilang oleh Ketua Konvoi Durahim Jaman kepada Sapdin dan ketua-ketua jabatan yang terlibat.

Sebaik dilepaskan, konvoi terus memulakan jelajah ke SMK Abdul Rahim yang disambut lebih 800 orang terdiri daripada para guru, pelajar dan ibu bapa yang diketuai Pengetua Awang Jaya Awang Damit.

Turut disinggah, SMK Kudat Dua. Mereka disambut oleh Pengetua Cemerlang Nurul Izzati Adlina Abdullah bersama lebih kurang 600 guru dan pelajar.

Konvoi kemudianny­a meneruskan perjalanan ke Kg Limau-Limauan. Rombongan disambut Pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) merangkap Ketua Kampung Sharif Razali Sharif Edris dan penduduk kampung, sebelum ke Pekan Daerah Kecil Matunggong.

Di Matunggong, rombongan kembara disambut Penolong Pegawai Daerah Bianus Kontong bersama kakitangan Pejabat Daerah Kecil dan masyarakat sekitarnya.

Terdahulu, konvoi KMN dilepaskan oleh Pembantu Menteri Pembanguna­n Wanita dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting di di perkaranga­n Dewan Masyarakat Kota Marudu.

Beliau turut menyertai konvoi menuju ke SMK Tandek dan mendapat sambutan meriah oleh Pengetua Jainin Samaron, kemudian ke SMK Bandau dengan sambutan hampir 1,000 pelajar dan guru diketuai Pengetua Halim Bidin.

Turut membuat sambutan terhadap konvoi, Guru Besar SK Marak Parak Jaimah Kundapit dan SMK Marudu oleh Guru Besar Jeson Majimal.

Konvoi KMN 2017 yang menjelajah Bahagian PBU mengakhiri perjalanan­nya di SMK Langkon, konvoi disambut oleh wakil Pengetua Farah Dalila Doris Osoi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa yang turut serta di sepanjang pengembara­an itu merakamkan ucapan terima kasih kepada semu pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan.

Diharap masyarakat akan terus menzahirka­n rasa cinta kepada negara dengan kibaran Jalur Gemilang.

 ??  ?? (Gambar kiri) DURAHIM menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Sapdin.
(Gambar kiri) DURAHIM menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Sapdin.
 ??  ?? PARA peserta konvoi turut bergambar kenangan bersama dengan Anita.
PARA peserta konvoi turut bergambar kenangan bersama dengan Anita.
 ??  ?? MAJLIS pelepasan konvoi oleh Anita.
MAJLIS pelepasan konvoi oleh Anita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia