Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan tahunan pihak KKLW, tiada kaitan dengan PRU

Bantuan tahunan pihak KKLW, tiada kaitan dengan PRU

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Sejumlah 250 tangki air jenis plastik berkapasit­i 400 gelen membabitka­n peruntukan kira-kira RM200,000 diagihkan di 13 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk, di sini.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Labuk Abdul Rahman Datuk Haji Kangkawang berkata, program bantuan tangki 1Malaysia itu merupakan peruntukan daripada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diselarask­an oleh pihak Pejabat Daerah dan juga Pejabat Adun Labuk.

Katanya, 13 kampungyan­g terlibat menerima bantuan itu ialah di Kampung Air Beluran sebanyak 12 tangki, Kampung Keramat (30), Kampung Muanad 1 (30), Kampung Muanad 2 (1), Kampung Muanad 3 (24), Kampung Sungai Nafas (15) dan Kampung Kolapis Darat (25).

Turut menerima bantuan tangki 1Malaysia ialah Kampung Pelantong (18), Kampung Sungai Nangka (30), Kampung Balaban Jaya (31), Kampung Ranpek (10), Kampung Bukit Besi (19) dan Kampung Ulu Sapi (5).

Abdul Rahman menjelaska­n pembekalan bantuan tangki itu bertujuan membantu dan membela nasib rakyat yang memerlukan dan bukan semata-mata kerana menjelangn­ya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ia kerana, bantuan tangki memang diagihkan setiap tahun khasnya kepada para penduduk luar bandar yang memerlukan dan belum pernah menerima bantuan tangki sebelum ini dari mana-mana agensi.

Beliau berkata, bantuan seumpamany­a merupakan sebahagian program kerajaan dalam usaha membantu rakyat menyediaka­n kemudahan tangki simpanan air di kediaman masing-masing, sama ada dari sumber air hujan atau melalui bekalan air paip oleh pihak Jabatan Air.

“Pembekalan tangki ini merupakan bantuan khas setiap tahun melalui peruntukan KKLW dan pengagihan­nya tiada kaitan dengan pilihan raya,” katanya sambil memaklumka­n bantuan tangki 1Malaysia turut diagihkan di hampir seluruh kawasan dalam Parlimen Beluran termasukla­h di kawasan Pejabat Daerah Telupid dan di Pejabat Daerah Kecil Paitan.

Sumber Pejabat Daerah Beluran memaklumka­n bantuan tangki 1Malaysia turut diagihkan tahun lalu dengan keutamaan ditumpukan kepada para penduduk di kawasan pulau atau pesisir laut dan sungai, khasnya di Kampung/Pulau Keniogan, Tetabuan, Jambongan dan sebagainya.

Beberapa penerima bantuan yang ditemui merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak kerajaan (KKLB) atas keprihatin­an membantu rakyat, khususnyap­enduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Menurut Abdul Rahman, penyerahan bantuan tangki 1Malaysia telahpun selesai bagi kawasan DUN Labuk, manakala pengagihan tangki air kini sedang diadakan di kawasan Telupid dan seterusnya di DUN Sugut atau Pejabat Derah Kecil Paitan.

Majlis penyerahan tangki bagi kawasan DUN Labuk disempurna­kan oleh Adun Labuk Datuk Seri Panglima Michael Asang yang juga Pembantu Menteri Kewangan dan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Labuk.

Turut menyerahka­n bantuan tangki kepada para penerima ialah Abdul Rahman.

 ??  ?? MICHAEL menyerahka­n tangki kepada penduduk di Kampung Keramat Beluran sambil diiringi Janai Sikana (kiri) yang mewakili Pejabat Daerah Beluran.
MICHAEL menyerahka­n tangki kepada penduduk di Kampung Keramat Beluran sambil diiringi Janai Sikana (kiri) yang mewakili Pejabat Daerah Beluran.
 ??  ?? ABD Rahman (enam kiri) diiringi Pengerusi JKKK Balaban Jaya dalam majlis penyerahan bantuan tangki 1Malaysia.
ABD Rahman (enam kiri) diiringi Pengerusi JKKK Balaban Jaya dalam majlis penyerahan bantuan tangki 1Malaysia.
 ??  ?? ABD Rahman (tiga kiri) menyerahka­n bantuan tangki kepada penduduk di Kampung Permai/Ranpek, Beluran.
ABD Rahman (tiga kiri) menyerahka­n bantuan tangki kepada penduduk di Kampung Permai/Ranpek, Beluran.
 ??  ?? ABD Rahman diiringi Pengerusi JKKK Balaban Jaya (kiri) menyampaik­an bantuan tangki kepada penduduk kampung.
ABD Rahman diiringi Pengerusi JKKK Balaban Jaya (kiri) menyampaik­an bantuan tangki kepada penduduk kampung.
 ??  ?? MICHAEL (kiri) berbual mesra dan warga emas yang menemuinya dalam satu majlis penyerahan bantuan tangki.
MICHAEL (kiri) berbual mesra dan warga emas yang menemuinya dalam satu majlis penyerahan bantuan tangki.
 ??  ?? ABD Rahman (kiri) menyerahka­n bantuan tangki kepada penduduk Kampung Bukit Besi, Beluran.
ABD Rahman (kiri) menyerahka­n bantuan tangki kepada penduduk Kampung Bukit Besi, Beluran.
 ??  ?? ABD Rahman (dua kanan) mewakili Michael menyerahka­n bantuan tangki di Kampung Pelantong, Beluran.
ABD Rahman (dua kanan) mewakili Michael menyerahka­n bantuan tangki di Kampung Pelantong, Beluran.
 ??  ?? PENDUDUK Kampung Keramat ‘memeluk’ Michael sebagai tanda penghargaa­n terhadap pemberian bantuan tangki 1Malaysia.
PENDUDUK Kampung Keramat ‘memeluk’ Michael sebagai tanda penghargaa­n terhadap pemberian bantuan tangki 1Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia