Utusan Borneo (Sabah)

Jangan jual tanah kepada warga asing: Bolkiah

-

PITAS: Masyarakat di daerah ini dinasihatk­an agar tidak menjual tanah milik mereka kepada orang lain terutama sekali warga asing, sematamata mahu menikmati keseronoka­n yang seketika.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata, dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan iaitu jalan raya beraspal dari Kampung Mempakad ke Kampung Nibang, masyarakat harus merebut peluang untuk mengusahak­an tanahterbi­ardenganme­nanam pelbagai tanaman jangka masa pendek dan panjang.

“Ia bagi memudahkan anda mengeluark­an hasil tanaman ke pelbagai tempat melalui jalan raya yang selesa yang disumbangk­an oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat jelata,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Wakil Rakyat Sayang Sabah di Kampung Vunui di sini.

Katanya, sejak sekian lama masyarakat di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Saniton dan sekitarnya amat sukar berhubung dari satu tempat ke tempat yang lain.

Atas dasar prihatin, katanya, kerajaan BN meluluskan permohonan wakil rakyat melalui rintihan rakyat Pitas yang mahukan perubahan terhadapja­lanrayaMem­pakad Nibang.

Katanya, kawasan itu diganggu gugat oleh pembangkan­g pada PRU yang lalu tetapi mereka tidak mampu membina jalan raya bernilai ratusan juta ringgit sebaliknya, mereka menipu rakyat.

“Justeru,sayamenasi­hatkan masyarakat berbilang kaum di kawasan ini agar tidak sesekali mempercaya­i pembangkan­g yang hanya datang semasa pilihan raya sahaja,” katanya.

Bolkiah yang juga Adun Pitas berkata, dengan terbinanya­jalanrayab­eraspal, rakyat boleh membina pusat pelanconga­n mini, inap desa, pusat peranginan, pusat kraftangan dan sebagainya, memandangk­an dengan keadaan jalan raya yang baik sudah pasti orang luar berkeingin­an datang berkunjung.

Katanya, bagi mereka yang berminat dengan kegiatan itu, pelbagai agensi atau intitusi kewangan menyediaka­n peruntukan pinjaman sebagai modal memulakan perusahaan atau perniagaan.

“Mohonlah kepada agensi yang berkaitan kerana peluang sentiasa terbuka untuk rakyat jelata yang berhasrat untuk berniaga.

“Jangan biarkan orang luar menjadi pengusaha perusahaan anda sebaliknya usahakan sendiri agar anda boleh berjaya dan berdaya saing dengan mereka yang sudahlamam­ajudalambi­dang perniagaan,” katanya.

Bolkiah turut mengumumka­n sumbangan berupa bibit getah dan sawit kepada penduduk kampung yang mempunyai tanah yang belum diusahakan.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi JKKK Vunui Lokas merangkap Pengerusi Penganjur Agas Dondongon, Ketua Kampung Vunui Lokas Burog Geragas, Ketua Kampung Sinanggip Jufery Dananau, Ketua Kampung Nibang Maipok Pengatip dan Ketua Kampung Mangkabusu Untiu Jua.

Hadir sama, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Pitas Zamrah Abnaha, Ketua Daerah Haji Juki Imam Nanuh, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kudat Norsalin Salam, Wakil Ketua Anak Negeri Magimbang Andui, dan Setiausaha Kerja Umno DUN Pitas Basman Haji Lantayan.

 ??  ?? BOLKIAH merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian penduduk yang hadir.
BOLKIAH merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian penduduk yang hadir.
 ??  ?? BOLKIAH mengabadik­an gambar kenangan bersama seorang ibu tua.
BOLKIAH mengabadik­an gambar kenangan bersama seorang ibu tua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia