Utusan Borneo (Sabah)

Guna teknologi tingkat minat pelajari Bahasa Inggeris

-

GURU perlu kreatif dalam sesi pengajaran dengan memanfaatk­an teknologi untuk menarik minat pelajar mempelajar­i Bahasa Inggeris.

Bagi penerima Anugerah The Melta Hyacinth Guadart English Language Teacher, Cynthia C James, minat yang rendah muridmurid­nya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah tempatnya mengajar, Sekolah Kebangsaan (SK) Gudon, menjadikan beliau lebih kreatif dalam menarik minat mereka mempelajar­i mata pelajaran itu.

“Semasa saya masuk ke SK Gudon, literasi murid-murid terhadap subjek ini agak rendah mungkin disebabkan mereka selalu mengaitkan penulisan dengan peperiksaa­n, jadi saya cuba buat aktiviti penceritaa­n melalui penulisan agar lebih seronok.

“Saya perasan muridmurid masa kini suka menggunaka­n telefon pintar jadi mereka ditugaskan untuk mengambil gambar dan mula menulis kapsyen gambar, video atau audio yang dirakam oleh mereka.

“Dari kapsyen, mereka seterusnya diminta untuk menulis perenggan menjadikan cerita, seterusnya cerita-cerita mereka disiarkan di dalam platform khas iaitu Kids Blog.

“Melalui blog berkenaan, rakan-rakan mereka boleh memberi maklum balas dan berinterak­si kemudian secara tidak langsung dapat meningkatk­an kecekapan serta minat mereka dalam Bahasa Inggeris,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian The 26th Melta Internatio­nal Conference 2017, di sini pagi Isnin.

Cynthia berkata, hasil daripada projek berkenaan, dia amat teruja melihat perubahan tahap kecekapan berbahasa Inggeris dan juga kreativiti serta kemahiran berfikir yang seterusnya kemahiran berbahasa Inggeris itu berkembang dalam kalangan mereka.

“Pelajar saya pernah mengikuti pertanding­an menulis esei di peringkat kebangsaan anjuran Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan Berita Harian, jadi ketika itu saya galakkan murid-murid saya untuk menghantar esei.

“Keputusan pertanding­an itu mengejutka­n saya apabila tiga daripada 33 anak murid saya berjaya mendapat tempat pertama, ketiga dan keempat di dalam pertanding­an itu.

“Sejak daripada projek itu, mata pelajaran Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di SK Gudon melonjak 15 peratus pada tahun 2016 berbanding 2015,” katanya.

Melalui projek berkenaan juga, guru kelahiran Institut Pendidikan Kampus Kent itu telah dijemput untuk membentang­kan kertas kerja projeknya di IATEFL UK pada April 2016 selepas diumumkan sebagai pemenang Teachers Research Programme anjuran Cambridge University Press.

Selain itu, beliau juga pernah menerima Anugerah One Stop English Creativity In The Classroom pada tahun 2015 atas usahanya melaksanak­an projek dalam bilik darjah dengan pengajaran Bahasa Inggeris melalui seni, lagu dan seterusnya menghasilk­an buku audio atas usaha murid-muridnya di SK Kunak 2.

Anak jati Kota Kinabalu ini turut melahirkan hasrat membuka lebih banyak platform kepada guru-guru Bahasa Inggeris di negeri ini untuk pembanguna­n profesiona­lisme mereka.

“Melalui tugas baharu di Jabatan Pendidikan Negeri, saya berharap akan dapat memberi lebih inspirasi kepada seramai mungkin guru Bahasa Inggeris di Sabah untuk membuat projek berinovasi kerana dapat memberi impak yang baik kepada murid-murid,” katanya.

Cynthia yang telah berkhidmat sebagai guru sejak 2005, memulakan perkhidmat­an di SK Kunak 2 pada 2005 sebelum berpindah ke SK Gudon pada Januari 2015 dan kemudianny­a ditempatka­n di Jabatan Pendidikan Negeri pada November 2015.

 ??  ?? CYNTHIA (kanan) menerima anugerah dan wang tunai RM1,000 daripada Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (kiri) sambil diperhatik­an oleh Presiden Melta merangkap Pengerusi Penganjur Profesor Dr Ganakumara­n Subramania­m (tengah).
CYNTHIA (kanan) menerima anugerah dan wang tunai RM1,000 daripada Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (kiri) sambil diperhatik­an oleh Presiden Melta merangkap Pengerusi Penganjur Profesor Dr Ganakumara­n Subramania­m (tengah).
 ??  ?? PARA pelajar sekolah bergambar dengan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (tengah) bersama Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad (kiri) yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman.
PARA pelajar sekolah bergambar dengan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (tengah) bersama Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad (kiri) yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman.
 ??  ?? PERMAISURI Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menyampaik­an anugerah Penerima Anugerah Melta Lifetime Contributi­on kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (kanan).
PERMAISURI Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menyampaik­an anugerah Penerima Anugerah Melta Lifetime Contributi­on kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (kanan).
 ??  ?? PENGARAH Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul (kanan) menerima anugerah Melta Recognitio­n daripada Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (kiri).
PENGARAH Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul (kanan) menerima anugerah Melta Recognitio­n daripada Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia