Utusan Borneo (Sabah)

Membaca adalah jambatan ilmu

-

AMALAN membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.

Pengerusi Mutiara Bakti Datin Diana Wong berkata semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalka­n budaya membaca kerana membaca adalah jambatan ilmu.

“Antara kebaikan membaca termasukla­h dapat menambahka­n ilmu pengetahua­n, kita dapat mengetahui tentang perkara baharu yang tidak kita ketahui sebelum ini, pengetahua­n am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

“Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak. Begitu juga dengan membaca al-Quran serta buku-buku agama adalah sesuatu yang amat bermanfaat. Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku, jadikanlah membaca buku amalan harian,”katanya.

Beliau yang juga isteri kepada Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata demikian ketika menyampaik­an beberapa naskah al-Quran dan buku agama kepada Masjid Jamek Haji Kadir di Kampung Kulambai Dundau, Kota Belud pada Isnin.

Kesemua al-Quran dan beberapa buku agama itu telah diterima oleh Imam Haji Mawal Haji Kadir pada satu majlis sederhana tetapi bermakna.

Menurut Diana, membaca adalah satu senaman minda. Kita akan menghadapi harihari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana mempunyai minda yang sihat.

“Jika menganggap senaman tubuh badan sahaja yang penting untuk mendapat badan yang sihat, tetapi begitu juga dengan senaman minda demi untuk kesihatan minda kita.

“Dengan membaca kita akan melakukan satu proses mengaktifk­an minda kita, ini kerana kita menggunaka­n sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifk­an sel-sel itu seterusnya membuatkan minda kita menjadi lebih sihat,” jelasnya.

Beliau berkata, membaca buku merupakan satu hobi yang amat menguntung­kan.

“Oleh itu, marilah kita semua menjadikan buku sebagai teman istimewa kita, karana membaca adalah jambatan ilmu,” katanya.

Terdahulu, Diana juga telah menyampaik­an beberapa buku agama dan novel kepada kakitangan Hospital Kota Belud di bahagian Wad Bersalin.

Ketua Penyelia Jururawat Hospital Matron Selomi Lansan yang juga minat membaca buku khususnya novel semasa lapang mengucapka­n terima kasih kepada Mutiara Bakti yang prihatin terhadap keperluan bahan bacaan kepada kakitangan­nya.

 ??  ??
 ??  ?? DIANA (lima kiri) menyampaik­an beberapa buku bacaan di Hospital Kota Belud yang diterima oleh Selomi (empat kiri).
DIANA (lima kiri) menyampaik­an beberapa buku bacaan di Hospital Kota Belud yang diterima oleh Selomi (empat kiri).
 ??  ?? DIANA (empat kanan) menyampaik­an al-Quran kepada Imam Haji Mawal Haji Kadir (dua kanan).
DIANA (empat kanan) menyampaik­an al-Quran kepada Imam Haji Mawal Haji Kadir (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia