Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan anak pelaburan jangka panjang

Tabika Kemas lahir kanak-kanak cemerlang, terap nilai-nilai murni

- Oleh YUSOP TEPPO

TABIKA Kemas berjaya membina asas yang kukuh pada diri kanak-kanak dan cemerlang melalui pengajaran kelas.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata pendidikan anak-anak ialah suatu bentuk pelaburan jangka panjang.

Beliau berkata banyak sumber tenaga dan wang yang perlu dibelanjak­an untuk tempoh masa yang lama bagi melahirkan tenaga kerja berkemahir­an tinggi yang diperlukan oleh negara. Justeru, sudah tentu asas pendidikan itu dimulakan dari pendidikan prasekolah.

“Jika tabika-tabika kita berjaya membina asas yang kukuh pada diri kanakkanak yang kita ajar, bukan sahaja kita berjaya menerapkan nilai-nilai murni yang berpaksika­n ajaran agama, kita sebenarnya sudah berjaya memandu mereka membina diri dan asas kerjaya di masa depan.

“Saya percaya dan yakin bahawa semua ini telah dilaksanak­an oleh Tabika Kemas,” katanya ketika merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Peringkat Negeri Sabah di Dewan MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Batu 10 Sandakan pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Mohd Edris.

Beliau berkata perkembang­an ini adalah sesuatu yang positif dan perlu diteruskan.

“Perjuangan untuk terus relevan didalam masyarakat perlu diteruskan mengikut arus perubahan dan kehendak semasa,” katanya.

Namun, katanya sesungguhn­ya sering dilihat bahawa kejayaan memenuhi harapan rakyat ini banyak bergantung kepada ketrampila­n dan kemampuan seorang guru tabika dalam mendidik anak-anak dibawah jagaannya.

“Ada yang beranggapa­n bahawa semua ini perlu diselarask­an dengan keupayaan Jawatankua­sa Tabika bekerjasam­a sebagai agen penggerak dan penyokong kepada segala program dan aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah tabika,” katanya.

Beliau berkata tidak dapat dinafikan bahawa ini benar tetapi gabungan kedua-dua ini perlu seimbang dan persefaham­an perlu wujud.

“Oleh sebab itu, saya cukup percaya bahawa apabila sesebuah tabika memiliki guru tabika yang baik dan jawatankua­sa yang sentiasa aktif, maka tabikanya akan cemerlang,” katanya.

Musa dimaklumka­n bahawa hari ini akan diadakan penganuger­ahan dua anugerah khas kepada salah seorang guru dan kanak-kanak tabika.

“Usaha murni pihak Kemas dalam penganuger­ahan Pemaju Masyarakat Cemerlang dan Kanak-kanak Cemerlang adalah sesuatu yang patut dipuji dan harus diteruskan,” katanya.

Beliau menegaskan ini kerana usaha sebegini wajar dicontohi oleh pihak lain di luar sana, kerana pengiktira­fan akan menjadikan institusi ini lebih berdaya saing secara sihat dan mantap.

Beliau yakin penganuger­ahan seumpama ini akan mampu menarik lebih ramai ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di tabika atau diasuh di Taska Kemas.

“Masyarakat akan mengukur kejayaan tabika melalui sejauh mana tahap kemampuan anak-anak menguasai kemahirank­emahiran asas sebelum memasuki Tahun Satu sekolah rendah,” katanya.

Beliau berkata nilai masyarakat masa kini dalam mengukur kejayaan sesebuah tabika ialah pada sejauh mana kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira (3M) telah dapat dikuasai oleh anakanak yang belajar di tabika berkenaan.

“Sudah pasti, masyarakat akan membanding­bandingkan antara Tabika Kemas dengan tabika swasta, tadika Jabatan Perpaduan atau kelas prasekolah Kementeria­n Pelajaran,” katanya.

Bagaimanap­un, Musa memberitah­u perlu disedari bahawa peranan ibu bapa dan penjaga di rumah juga penting dalam memastikan proses pembelajar­an terus berkembang dalam diri anak-anak.

“Kita tidak seharusnya meletakkan segala beban kepada bahu guru atau pendidik di tabika juga taska yang kita hantar. Sebenarnya dengan tambahan sedikit usaha kita mampu melahirkan anak-anak yang cemerlang, intelek dan gemilang keperibadi­annya,” katanya.

Menyentuh aspek usaha dan kerjasama ibu bapa dalam mendidik anakanak ini, Musa berkata proses pembelajar­an adalah sesuatu yang berterusan dan di rumah, ibu bapalah yang menjadi guru kepada anak-anak.

“Kalau tidak secara ilmiah, kita menjadi contoh dan teladan melalui setiap perbuatan yang kita lakukan,” katanya.

Beliau mengesa ibu bapa agar masa kita berada di rumah bersama keluarga adalah penyumbang utama kepada pembentuka­n peribadi anak-anak.

Justeru, katanya masyarakat khasnya ibu bapa harus memahaminy­a serta sanggup bergerak seiring dengan masa bagi mencapai matlamat melahirkan kanak-kanak yang benar-benar bersedia dalam semua aspek sebelum melangkah ke alam persekolah­an yang lebih mencabar lagi.

“Sememangny­a menanam komitmen untuk maju bersama-sama anak-anak kecil ini memerlukan sedikit pengorbana­n.

“Namun, pengorbana­n itu bolehlah kita sifatkan sebagai modal jangka panjang yang akan membawa kepada kebahagiaa­n hidup insan tersayang kita kelak,” katanya.

Musa berkata kerajaan sedar bahawa adalah menjadi tanggungja­wab kita untuk menyediaka­n pendidikan awal yang baik dan berkualiti kepada kanak-kanak tidak kira di bandar atau di desa.

Oleh yang demikian, katanya kesedaran dalam menghanata­r anak-anak belajar seawal prasekolah lagi perlu wujud di minda setiap ibu bapa.

“Tidak kira kita berada di ceruk mana sekali pun semua ini perlu dikongsi bersama,” katanya.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, Musa berkata pihaknya akan terus memberikan sokongan dan komitmen tinggi terhadap penganjura­n program seperti ini.

“Apa yang penting ialah usaha ini perlu disusuli dengan perancanga­n rapi dan tindakan yang berkesan bagi dimanfaatk­an sepenuhnya untuk kesejahter­aan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Kemas Sabah Sharulniza­m Jantan dan pegawaipeg­awai Kemas daerah.

Jika tabika-tabika kita berjaya membina asas yang kukuh pada diri kanak-kanak yang kita ajar, bukan sahaja kita berjaya menerapkan nilainilai murni yang berpaksika­n ajaran agama, kita sebenarnya sudah berjaya memandu mereka membina

depan.” diri dan asas kerjaya di masa DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? ZAKARIA menyepak bola sebagai tanda perasmian Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Peringkat Negeri Sabah.
ZAKARIA menyepak bola sebagai tanda perasmian Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Peringkat Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia