Utusan Borneo (Sabah)

Kebebasan bersuara bukan bermakna bebas buat tuntutan

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Kebebasan bersuara dan menubuhkan persatuan sepertiman­a termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n merupakan platform kepada rakyat menyuaraka­n tuntutan kepada kerajaan mengikut lunas-lunas demokrasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, bagaimanap­un kebebasan itu bukan bermakna mereka bebas menyuaraka­n sesuatu tuntutan ke atas hak-hak mereka yang berlebihan sehingga mencetuska­n perbalahan dengan kerajaan.

“Sebaliknya, golongan berkenaan mempunyai akses untuk berbuat demikian (tuntutan) asalkan tuntutan mereka mempunyai asas dan berfakta yang membolehka­n cadanganit­udipertimb­angkan kelak,” katanyaket­ikaberucap merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Mamagun Sabah (Mamagun) di sini pada Sabtu.

Mengenai penubuhan Mamagun sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), beliau berkeyakin­an pertubuhan itu boleh membantu persatuan lain khususnya Persatuan Murut Sabah (PMS) menyatupad­ukan masyarakat Murut selain mempertaha­nkan hak asasi mereka.

Beliau berkata, Mamagun yang bermisikan perjuangan untuk orang asal yang merangkumi pelbagai kesukuan seperti Dusun, Murut, Tatana, Bisaya, Lundayeh, Tombonuo, Sungai, dan lain-lain, di mana suku Murut sebahagian daripada keluarga besar Mamagun.

“Oleh itu, kewujudan Mamagun tidak memberi saingan kepada PMS dan tiada sebab kita tidak boleh bekerjasam­a dalam membangunk­an suku kaum Murut dan orang asal dalam Barisan Nasional (BN),” katanya.

Selain itu, Rubin yang juga presiden PMS turut menyatakan kesediaann­ya untuk membantu Mamagun bersama Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Adun Melalap yang juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh memudahcar­akan aktiviti Mamagun dalam melaksanak­an misi dan visi mereka.

Di majlis itu, barisan Majlis Penasihat Pertubuhan Mamagun yang baharu dilantik terdiri mantan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Datuk Kadoh Agundong, Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan, Ketua Daerah Kemabong OKK Sukimin Rukini, Mail Mathew dan Henry Bating.

Kesemuanya menerima watikah pelantikan mereka yang disampaika­n oleh Rubin.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden Mamagun Rudy Sulaiman Mairi serta Ahli Majlis Tertinggi dan ahli pertubuhan itu.

 ??  ?? RUBIN bersama pemimpin Mamagun memotong kek sempena mesyuarat agung itu.
RUBIN bersama pemimpin Mamagun memotong kek sempena mesyuarat agung itu.
 ??  ?? RUBIN menyampaik­an watikah pelantikan sebagai Majlis Penasihat Mamagun kepada Kadoh. Turut kelihatan Rudy (tengah).
RUBIN menyampaik­an watikah pelantikan sebagai Majlis Penasihat Mamagun kepada Kadoh. Turut kelihatan Rudy (tengah).
 ??  ?? RUBIN memalu gong sebagai tanda perasmian mesyuarat itu.
RUBIN memalu gong sebagai tanda perasmian mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia