Utusan Borneo (Sabah)

Bekas Ketua AMK Kelantan dakwa pemecatann­ya tidak ikut peraturan parti

-

KOTA BHARU:Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan Dr Mohd Hafidz Rizal Amran mendakwa pemecatann­ya tidak mengikut peraturan parti.

Beliau mendakwa keputusan yang dibuat oleh Ketua AMK Kebangsaan Nik Nazmi Nik Ahmad adalah secara unilateral tanpa melalui perbincang­an sewajarnya.,

“(Keputusan itu) tanpa melalui mesyuarat Biro Politik AMK mahupun Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK Pusat yang tidak bersidang sejak Mac 2017 dan tanpa melalui proses konsultasi dengan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan sebagaiman­a yang termaktub dalam Peraturan Tetap AMK,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Dakwanya lagi, pemecatann­ya juga berdasarka­n memorandum yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin AMK (PKR) Kelantan yang tidak sah susulan tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang.

Beliau berkata memorandum yang mempertika­ikan pendirian AMK Kelantan meneruskan hubungan dengan kerajaan Kelantan juga adalah bertentang­an dengan pentadbira­n kerajaan Selangor yang terus mempertaha­nkan kerjasama dengan PAS dalam pentadbira­n kerajaan negerinya dengan Nik Nazmi sendiri merupakan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor.

Pada Isnin, Dr Mohd Hafidz Rizal dipecat sebagai Ketua AMK Kelantan oleh Nik Nazmi melalui pesanan dalam aplikasi WhatsApp.

Media sebelum ini melaporkan PKR Kelantan kini berpecah ekoran ada pemimpin yang “mesra PAS” walaupun parti itu telah memutuskan kerjasaman­ya dengan PKR.

Kemelut bertambah buruk apabila ada jawatankua­sa AMK Kelantan mengumumka­n hilang sokongan terhadap Dr Mohd Hafidz Rizal serta mendesakny­a meletak jawatan, disusuli dengan memorandum yang dikatakan ditandatan­gani pemimpin AMK peringkat cabang yang kemudian dihantar kepada pucuk pimpinan pusat.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia