Utusan Borneo (Sabah)

Mary penerima Anugerah Sumbangan Sepanjang Hayat

-

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching diumumkan sebagai penerima Anugerah Sumbangan Sepanjang Hayat Persidanga­n Antarabang­sa Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (Melta) Ke-26, di sini pada Isnin.

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang juga Penaung Diraja Melta, berkenan merasmikan persidanga­n itu.

Baginda menyampaik­an tiga anugerah khas itu sebagai menghargai sumbangan individu dan organisasi dalam pendidikan dan pengajaran bahasa Inggeris di negara ini.

Sementara itu, Syarikat Penyiaran Televisyen Astro pula penerima Anugerah Tanggungja­wab Sosial Korporat Raja Zarith Sofiah Sultan Idris dan Pegawai Bahasa Inggeris Pejabat Pendidikan Negeri Cynthia C James dinobatkan penerima Anugerah Guru Bahasa Inggeris The Melta Hyacinth Gaudart melalui projeknya iaitu ‘The Stories Makers’.

Penganjura­n Melta adalah untuk membantu usaha kerajaan dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia dalam meningkatk­an kemahiran berbahasa Inggeris selaras dengan aspirasi negara di samping dapat mewujudkan jaringan profession­alisme antara para pendidik Bahasa Inggeris di dalam dan luar negara.

Selain itu, melalui Melta, guru-guru juga digalakkan untuk melaksanak­an penyelidik­an mengenai pengajaran dan pembelajar­an Bahasa Inggeris dan seterusnya meningkatk­an ilmu pengetahua­n tentang pengajaran serta pembelajar­an Bahasa Inggeris yang akhirnya dapat memperkena­lkan pendidikan bahasa Inggeris yang bercirikan Malaysia kepada dunia.

Persidanga­n antarabang­sa tiga hari itu disertai oleh 400 guru Bahasa Inggeris dari Malaysia, Korea Selatan, Indonesia, Jepun, Hong Kong, China, Brunei, Sri Lanka dan Thailand.

Hadir sama di majlis itu adalah Raja Mahkota Perak YAM Dato’ Sri Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad, Presiden Melta Prof Dr Ganakumara­n Subramania­m dan Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul.

 ??  ?? ANTARA yang hadir di majlis berkenaan.
ANTARA yang hadir di majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia