Utusan Borneo (Sabah)

Sertai sukarelawa­n APM

Saranan kepada masyarakat setempat di negeri ini

-

KOTA KINABALU: Masyarakat tempatan di negeri ini yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan untuk menyertai Sukarelawa­n Pertahanan Awam.

Menurut Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sabah Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan masyarakat tempatan di negeri ini ke dalam pasukan itu kerana kemahiran dan pengalaman mereka boleh membantu sebarang operasi yang dijalankan pihaknya.

“Kita diberi sasaran untuk menambah bilangan sukarelawa­n dalam kalangan penduduk Sabah kerana orang tempatan yang lebih tahu dan mahir sekiranya berlaku sebarang bencana dan kecemasan di sesuatu tempat berbanding orang luar.

“Setakat ini, kami ada 46 ribu lebih sukarelawa­n yang berdaftar tapi yang dapat digerakkan ketika berlaku bencana dan kecemasan adalah seramai 2,307 orang.

“Amat mudah untuk menyertai Sukarelawa­n Pertahanan Awam sejak pihak kerajaan membukanya kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas tanpa had umur,” katanya.

Jelas Mulliadi, sukarelawa­n yang berusia 45 tahun ke atas akan diberi tugasan yang lebih bersesuian mengikut kemampuan fizikal seperti kerja kebajikan atau bertugas di pusat pemindahan. Selain itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah sedang berusaha untuk menambah perjawatan APM di negeri ini.

“Sebelumini,kamimemoho­n untuk penambahan aset dan diluluskan oleh Perdana Menteri. Kita telah menghantar kertas kerja ke Ibu Pejabat APM dan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk memohon penambahan perjawatan APM di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pagi Isnin.

Tambahnya, kunjungan hormat itu bertujuan menzahirka­n ucapan penghargaa­n kepada Juhar dan Toh Puan Norlidah RM Jasni kerana memberi peluang kepada APM Sabah bekerjasam­a dalam program-program kebajikan serta kemasyarak­atan anjuran Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Dalam kunjungan itu, Mulliadi turut memaklumka­n Juhar bahawa beliau bakal bertukar ke Ibu Pejabat APM setelah menabur bakti di negeri ini sejak enam tahun lepas.

“Kita diberi sasaran untuk menambah bilangan sukarelawa­n dalam kalangan penduduk Sabah kerana orang tempatan yang lebih tahu dan mahir sekiranya berlaku sebarang bencana dan kecemasan di sesuatu tempat berbanding orang luar. KOLONEL (PA) MULLIADI AL-HAMDI LADIN Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sabah

 ??  ?? JUHAR (duduk tengah), Mulliadi (duduk kiri) bergambar kenangan dengan pegawai kanan lain.
JUHAR (duduk tengah), Mulliadi (duduk kiri) bergambar kenangan dengan pegawai kanan lain.
 ??  ?? MULLIADI (empat dari kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhar.
MULLIADI (empat dari kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhar.
 ??  ?? MULLIADI (kanan) berbual mesra bersama Juhar sambil diperhatik­an pegawai-pegawai kanan APM Sabah.
MULLIADI (kanan) berbual mesra bersama Juhar sambil diperhatik­an pegawai-pegawai kanan APM Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia